In the name of Allah,most gracious n merciful..
Alhamdulillah setelah 5 hari di Pantai timur banyak pengalaman dan kenangan yang tidak akan ku lupakan..Muktamar PAS kali ke-56, ini adalah kali pertama aku datang ke Muktamar PAS, tetapi atas urusan kerja..dan insyaAllah akan menjejakkan kaki ke sana lagi atas urusan lain pula,,huhu..
P.U.T.I.K (Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan) TAKLIMAT SEBELUM BEKERJA.
Dalam pukul 10.00 pagi lebih kami memulakan sedikit taklimat yang disampaikan oleh ust Nazri kepada kami yang buat kali pertamanya menjadi promoter untuk kamus MIFTAHUTULLAB, kamus yang diadaptasi daripada kamus al-miftah..perbezaan kamus ini, ia lebih sesuai untuk sesiapa sahaja, lebih murah dan lebih mudah untuk dibawa ke mana2..dan ada lagi kelebihannya..berbalik pada taklmat yang ust bagi..2 hari taklimat diberi kepada kami sebelum memulakan kerja..antara pesanan @ tashji' (kata semangat)..1) untuk hari pertama tengok-tengok dahulu cara@skill orang mempromot..2) jangan rasa kita nie dah bagus sangat..3) jaga ibadah kita dengan Allah, baca surah waqi'ah setiap pagi dan solat dhuha (untuk murah rezki) ini adalah antara amalan usahawan muslim yang berjaya..dan juga ayat seribu dinar..4) buang rasa sifat malu untuk convince dengan orang..5) jangan sedih jika orang tidak beli, percaya dengan rezki dari Allah..bayak lagi yang ust kongsikan kepada kami..termasuk pengalaman ustaz ketika berniaga dahulu..bagaimana susahnya sehinggalah sekarang..alhamdulillah aku tersuntik dengan pesanan@tashji' yang diberikan sebelum mememulakan operasi..PROMOTER KAMUS MIFtAHUTULLAB
Di sana aku juga dikenali sebagai promoter sekaligus menjaga gerai bersama dengan rakan sekerja yang lain..perkenalkan antara promoter2 kamus miftahutullab di muktamar..kumpulan pertama Syahir, Ziad, Asilah dan Syahirah dan kumpulan kedua pula Zul, Syazwan, Mahfudzah, dan Khairana..kata ustaz kami perlu bersaing, mana-mana kumpulan yang dapat banyak pelanggan kumpulan tersebut akan lebih komisyen..emm tetapi selepas 2@3 hari sebaliknya pula jadinya,,huhu..Meh nak cerita sikit pengalaman sebagai promoter..emm bukan senang nak jadi promoter ni..1) apa perasaan edar 'flyers' orang tidak ambil?? (bkn promot).2) apa perasaan mempromot orang tidak membeli@buat muka@cepat2 elakkan diri??3) apa perasaan menuggu di kedai pelanggan xde??4) bagaimana nak convince dengan orang dan nk yakinkan orang dengan produk kita??Semua perasaan ini dirasaiku..dan semua ini mengajarku untuk menjadi lebih matang dalam sedar mahupun tidak antaranya..1) ambillah flyers jika ada orang yang hulur pada kita,, nk beli@tidak, itu lain cerita..dah itu mmg kerja dia mengedar flyers..bukannye susah, cuma ambil je..=)
2) 'time' mempromot kalau boleh dengar@ sekurang-kurangnya menolak sambil senyum (senyum itukan sedekah)..=)
3) bak kata ustaz, nk promot ni perlu ada skill..dan skill itu terpulang pada keadaan dan situasi..jika kena skill dan keadaan insyaAllah pelanggan akan beli..
Emm..ini adalah antara pengalaman yang pertama aku sebagai promoter..kalau nak diceritakan memang banyak..setakat ini je yang aku mampu tulis pengalaman aku sebagai promoter..KENANGAN YANG TIDAK DILUPAKAN1) Singgah terengganu sebelum dan selepas berada di kelantan (rumah isteri ust khairi)..2) Pergi mempromot di PCB (muktamar dewan muslimat)..3) Ustaz belanja RCH (Radix Chicken House)..setelah 5 hari semua staff penat bekerja..4) Singgah berehat sebentar di Cerating.5) tinggal di rumah mak saudara syahirah yang agak selesa..alhamdulillah..6) berada di booth @ gerai2 yang berdebu..hehe7) ceramah tok guru dan berjumpa dengan pimpinan-pimpinan PAS..8) banyak shopping..untuk family...barang murah-murah..=)
perwakilan-perwakilan muslimat membakar bendera israel..
merenung masa depan..huhu
Pantai Cahaya Bulan (setelah penat mempromot ambil angin di PCB)
makan di RCH sebelum bertolak dari kelantan
singgah sebentar di Cerating rehatkan badan dan otak..huhu
berkemas untuk pulang
Last but not least, banyak yang ingin ku coretkan tetapi ini adalah antara yang mampu@ dapat dikongsikan pengalaman dan kenangan..dalam kita bermusafir, sedar@ tidak kita banyak belajar.. antaranya juga adalah merapatkan ukhwah..dan dengan bermusafirlah juga kita dapat mengenali seseorang itu dengan lebih lagi..xpercaya?? cuba lah sendiri..=)
"pengalaman adalah guru kita yang tidak berkata-kata tetapa ia banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan yang sebenar" wallahu'alam..
Tuesday, June 15, 2010
at
Tuesday, June 15, 2010
"
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".Hadis ini menceritakan tentan
g peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.
Monday, June 07, 2010
at
Monday, June 07, 2010
Bismillahirrahmanirrahim..Post kali ini hendak meng'oyak' sesuatu yang sesetengah dari manusia termasuk diri ini, kadang- kadang ambil remeh tentangnya..Suatu malam sedang aku bersama sahabat lain khusyuk bekerja, datang ustaz yang juga berada di pejabat menuju tempat kami membuat kerja..sudah menjadi kebiasaan ustaz akan bersembang dengan kami andai tiada kerja..kami sangat senang bekerja bersama ustaz..banyak juga input-input yang dapat..berbalik pada malam itu..Bos yang spoting : nih..ustaz nak tegur kamu sume sikit beleh x???(sambil menuju ke tempat kami bekerja)..Kami yang rajin :
boleh2..(jawab beberapa orang di antara kami)..Bos yang spoting :
ustaz tegur kamu ni xpe kan..kadang kita nie kita xsedar yang kita biadap.. (cuak pn ada dengar ustaz cakap cm2..)..sebenarnye, kita kena 'berebut' bila ada makanan kt depan mata ..bukan makna kita kebulur tapi untuk raikan tuan empunya yang bawa@sediakan makanan.. (pelik juga ustaz suruh berebut makanan..oo rupanya yang dimaksudkan ust nak xnak walhal kenyang sekali pn kena raikan nya)..cuba kita pikir@berada ditempat tuan yang sediakan makanan, jika makanannya tidak di'luak'???..dan sebaliknya kita akan rasa senang hati bila makan tersebut di'luak' dan akan lagi senang hati jika makanan tersebut habis.Salah sorang dari kami :
habis ustz yang kita dapat jemputan jamuan makan kt kilang ginseng hari 2???kesian pulak tengok pelayan tu tukar menu tapi xbanyak yang kita makan yang termakan pun ada..Bos yang spoting :
Owh tu lain..ust pn mana tau tempat jemputan makan malam macam 2 (berdekatan dgn kilang ginseng)..kita makan je la mana yang kita rasa yakin..selebih nye xpe lah, nk buat mcm mna..Kami yang rajin :
(khusyuk mendengar omongan ustaz)..Bos yang spoting :
lagi satu, kita nie dengan kawan pn perlu ada adab..sesorang itu tiada adab (biadap) kalo dia makan dahulu dari sahabat-sahabat yang lain..memng kita lapar tapi sahabat kita yang lain pn lapar juga. cuba pikir apa perasaan sahabat yang sedang lapar melihat sahabatnya sedang lapar..(lebih2 masa berada di gerai makan)..macam kita makan chow kue tiaw hari 2..ustz saje je nk tengok kamu dengan sahabat camne..(hmm memang betol cakap ustaz tp ust juga yang suruh makan time 2. sahabat yang mula dpt makanan 2 makan je la..huhu)..Emm begitulah antara omongan atau teguran ustaz kepada kami..sama-sama lah kita ambil iktibar.. Segala yang baik itu datang dari Pencipta dan yang buruk it datang dari yang dicipta tapi hakikatnya kedua2nya datang dari Pencipta dan disandarkan kepada yang dicipta..wallahu'alamm..=)
at
Monday, June 07, 2010
Bismillahirrahmanirrahim..Terasa diri ini ingin berkongsi sedikit perancangan yang telah ditetapkan oleh-Nya untuku sebagai seorang hambaNya..terkadang kita manusia ini hanya merancang dan hakikatnya Allah yang tentukan..sebelum bertarikh 3 Mei, seorang sahabat ku telah mengajak untuk bersama-sama menghadiri pengajian di Pondok Baitul Qura yang terletak di Melaka..sememangnya ada ku bercadang untuk belajar pondok sewaktu cuti ini..alhamdulillah ada juga yang mengajak..tetapi sayangnya minggu tersebut ada sedikit masalah dan hujung minggunya kami pulang ke kampung..hajat untuk hadir ke meeting di sekolah bersama dengan batch07 sma mam (SMA Maahad Al-Mizan) juga tidak menjadi..hmm mgkin ada hikmah disebaliknya..berbalik cerita untuk ke pondok..aku merancang pula untuk pergi pada minggu keduanya..aku berpakat dengan seorg lagi sahabat untuk ke sana..tetapi akhirnya dia tidak boleh pergi kerana ada masalah sedikit..asalnya kami merancang untuk bertransportkan bas, tetapi itulah..nasihat ibu bapa yang perlu di utamakan..walau ke mana sahaja kita pergi, keizinan dan kebenaran ibu bapa itu adalah harus..nak dipendekkan cerita, memandangkan tidak berteman dan tidak pernah pula ke sana, aku tidak jadi pergi..hu2..sedih juga..Tapi Allah dah menetapkan yag terbaik buat diriku..satu mesej telah masuk ke dalam inbox..''nk join kerja ngn ust x?..sorg lg 2 dia xjadi nk join"kata shbtku..mmg aku xsangka, lain yang dirancang lain pula yang jadi..hanya alhamdulillah dan rasa syukur ku panjatkn buatNYA..jadi apa lagi, aku terus meminta izin dari mak ayah dan Alhamdulillah mereka mengizinkan di sebabkan ada kawan dan tempat tinggal juga disediakan..sekurang-kurangnya Allah mengkabulkan permintaan ku supaya diri ini tidak semakin lalai ketika cuti@on the way nk masuk Gombak..dan yang paling penting aku dapat pengalaman disamping menambah ilmu..11 Mei 2007 adalah tarikh aku masuk kerja..emm mcm kelakar pula nk sebut 'kerja', kalau tidak 10 haribulan dah masuk tapi ada 'musyaqah' sikit..aku dan 2 orang lagi (juma dan shira) datang pada hari itu juga..2 orang lagi (mahfuzah dan khairana) sudah ada di sana menanti kami (maap ye terlewat sehari)..Inilah nk dikatakan..kadang2 apa yang kita hendak, xdapat tetapi lain pula yang dapat..teringat satu kata2.."ALLAH xmemberi apa yang kita mahukan tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan"..setiap yang terjadi itu ada hikmahnya..kita xtahu apa hikmahnya sekarang tp insyaAllah kita akan tahu hikmahnya di masa akan datang..moga apa yang diceritakan boleh kita sama2 jadikan iktibar:1) Kita hanya merancang, ALLAH yang menetukan segalanya..2) Segala perancangan ALLAH adalah yang terbaik.3) ALLAH sentiasa mendengar doa hambanya.4) Setiap sesuatu ada hikmahnya.Segala yang baik datangnya dari PENCIPTA dan yang buruk itu datangnya dari yg DICIPTA..hakikatnya kedua2nya dtg dariNYA dan disandrkan pd diri ini..wallau'alam..
Sunday, May 09, 2010
at
Sunday, May 09, 2010
Dengan Bismillah ku bermula..
Bingkisan hati buatmu teman..
Yang dikasihiKita bersama dalam satu ikatan..Bermula episod hidup di dunia ini..
Ku harap hanyalah di dunia..
Dirahmati dan diredhai..
Selamat sejahtera di Syurgawi..Oh Tuhan satukanlah..
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi..
Jauhkanlah kami..
Dari rakus mengejar duniawi..Hidup dan mati biarlah untuk-Mu..Harap dunia hanya di tangan..
Bukan di hati tuk dicintai..
Kita dicipta sebagai khalifah..Bersama kita hidup untuk-Nya..
kita dicipta di dunia fana..
Ada amanah yang tersedia..
"oh Tuhan..
Kita laksana bersama..
Amanah dari-Nya demi..
Memburu cinta dan harapan..Tuhan itu harus diutamakan..
Dari segala kepentingan dunia..
Bergandingan kita untuk..
Menburu cintanya..
Oh cinta-Nya..
"Tuhan..
Satukanlah hati-hati kami..
Memohon kasih-Mu Tuhan..
Dalam mengharap redha..
Dari-Mu.."Hanya di dunia..
Kita harapkan, kita dambakan..
Selamat sejahtera, bahagia.."
By: Hijjaz-SATU AMANAHAlbum: Permata HIJJAZ
Wednesday, May 05, 2010
at
Wednesday, May 05, 2010