SUNNAH ORANG ORANG BERJUANG- HIJJAZ

Berjuang menempah susah,

Menanggung derita menongkah fitnah,

Itulah gelombang hidup samudera duka,

Seorang mujahid membela tauhid.


Dipisah dia berkelana,

Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah,

Namun jiwa tetap bara memburu cinta,

Membara demi Allah dan RasulNya.


Berjuang tak pernah senang,

Ombak derita tiada henti,

Tenang resah silih berganti,

Inilah sunnah orang berjuang.


Malamnya bagai rahib merintih sayu,

Dihiris dosa air mata,

Siangnya bagaikan singa di rimba,

Memerah keringat mencurah tenaga.

Sudah sunnah berjuang di jalan Allah…


Berjuang memang pahit,

Kerana syurga itu manis,

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,

Bukan sedikit pedih yang ditagih.


Berjuang ertinya berkorban,

Rela terhina kerna kebenaran,

Antara dua jadi pilihan,

Dunia yang fana atau syurga..

Related Posts with Thumbnails