Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

~Kesalahan Dalam Solat Berjemaah~

KESALAHAN MAKMUM

1. Tidak bersegera menempati saf pertama bagi orang yang datang lebih dahulu
Sebahagian orang datang cepat ke masjid dan melihat banyak tempat yang masih kosong di saf pertama, tetapi lebih suka di duduk saf belakang , ada yang sengaja duduk saf belakang agar boleh bersandar pada tiang atau dinding masjid.

Semua ini menyalahi perintah Nabi SAW agar bersegera menempatkan di saf pertama.

Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا
“Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkan kecuali dengan diundi, niscaya mereka melakukannya”(HR. Bukhari dari Abu Hurairah RA )


Dan Rasulullah SAW mengancam bagi orang yang sengaja bahkan bersenang lenang di saf belakang/akhir.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي أَصْحَابِهِ تَأَخُّرًا فَقَالَ لَهُمْ تَقَدَّمُوا فَأْتَمُّوا بِي وَلْيَأْتَمَّ بِكُمْ مَنْ بَعْدَكُمْ لَا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمُ اللَّهُ
Rasulullah SAW melihat ada yang mengambil saf belakang. Maka Nabi SAW bersabda: majulah kalian dan ikutilah aku, dan hendaklah yang setelah kalian mengikuti kalian.
Kaum yang senantiasa mengambil saf akhir akan diakhirkan Ta’ala dari rahmat-Nya. (HR. Muslim dari Abu Sa’id al Khudriy)

2. Tidak menegakkan (meluruskan dan merapatkan) shof sholat berjama’ah
Menegakkan saf adalah hal yang sangat penting atas dasar prinsip dalam solat berjamaah.

Sabda Rasulullah SAW :
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ
“Luruskanlah Saf-saf kalian, sesungguhnya meluruskan shaf adalah termasuk menegakkan solat”

Photobucket

Photobucket

Photobucket


sumber:http://www.isuhangat.net/2010/09/kesilapan-solat-berjemaah/

~Bagaimanakah kita??~

Bismillahirrahmanirrahim..

SIRAH 1

Seorang sahabat telah terlambat datang ke majlis Nabi SAW..
Tempat sudah penuh sesak..
Ia meminta izin untuk mendapat tempat, namun sahabat lain tidak ada yang mahu memberinya tempat..
Di tengah kebingungan, Rasulullah SAW memanggil dan meminta sahabat tersebut duduk bersebelahan dengannya..
Tidak cukup dengan itu, Rasulullah melipat serbannya lalu diberikan sahabat tersebut untuk dijadikan alas tempat duduk..
Sahabat tersebut dengan berlinangan air mata, menerima serban tersebut namun tidak menjadikannya alas duduk akan tetapi dia mencium serban NAbi SAW.

**Bagaimanakah kita seorang penceramah@pendidik terhadap penerima ilmu@pengisian yang kadang kala ada musyaqqah yang xdpt dielakkan??dan bagaimana pula kita sebagai muslim terhadap saudara yang seislam yang lain??**

*************************************************************************

SIRAH 2

Nabi Muhammad SAW jugalah yang membuatkan hati Aisyah khuatir ketika menjelang subuh Aisyah tidak mendapati suaminya disampingnya...
Aisyah keluar membuka pintu rumah..
Terkejut Aisyah bukan kepalang melihat suaminya tidur di depan pintu.

Aisyah bertanya,
"Mengapa engkau tidur di sni?"..

Nabi Muhammad menjawab,
"Aku pulang sudah larut malam dan khuwatir mengganggu tidurmu, sehingga aku tidak mengetuk pintu. Itulah sebabnya aku tidur di depan pintu."


**Bagaimanakah pula perilaku kita terhadap isteri mahupun sahabat kita??**

******************************************************************************
SIRAH 3

Suatu hari Rasulullah didatangi oleh seorang kafir..
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat..
Wanita itu membawa bebberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda..
Kelihatan cantik buah tersebut sehingga akan terliur siapa yg melihatnya..
Baginda menerimanya dengan senyuman..

Biasanya Rasulullah SAW akn makan bersama dengan para sahabat, namun kali ini tidak..
Tidak seulas limau pun diberikan kepada mereka..
Rasulullah terus makan dengan senyuman sehinggalah habis semua limau itu..
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih kepada baginda.

Para sahabat agak pelik dengan sikap Rasulullah SAW itu..
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan,
" Tahukah kalian, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa pertama kali pertamanya kali aku merasainya..

Jika kalian turut makan aku bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut..
Saya bimbang hatinya akn tersinggung. Sebab itu aku menghabiskannya..

**Bagaimanakah pula jika kita berada di situasi di atas??Baimanakah jika kita apabila menerima sesuatu yang tidak disukai??**

************************************************************************************

Subhanalah betapa indah dan cantiknya akhlak yang ada pada Rasulullah..selalu kita ungkapkan agar sunahnya perlu diikuti dalam kehidupan seharian..namun zaman sekarang amat payah untuk kita lihat seseorang yang akhlak sepertinya..

Sekadar perkongsian dan dan peringatan bersama..

"Jom hayati sunnah Rasulullah"

~Pesanan Rasulullah kepada Aisyah~


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

"doa sejata orang mu'min"

~Mengenali pokok yahudi~


"Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.


Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.







Related Posts with Thumbnails