Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

~Ramadhan Bulan Rahmat~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyannyang..

Pagi mulai cerah, melihat burung-burung beterbangan sambil berkicau di ruangan Penciptanya..membuatkan hati ini lebih bertambah tenang juga selepas menatap kalam Allah beberapa minit lalu..Ya Allah sungguh tidak dapat ku hitung berapa banyak nikmat-Mu..ditambah nikmat pahala yang Kau kurniakan kepada hamba-Mu di bulan Ramadahan yang mulia ini..namun terkadang hamba-Mu ini sering lupa dengan nikmat yang Kau berikan..Ya Allah Kau jauhkanlah diri ini daripada menjadi seorang yang sering lupa dan jarang mensyukuri nikmat-Mu..

Sedar atau tidak hari ini masuk hari ke-5 bulan berpuasa..bersahur dan berbuka bersama sahabat-sahabat sudah menjadi kebiasaan..jarang sekali untuk bersama dengan keluarga..tp alhamdulillah seminggu sebelum raya akan cuti..dapat juga berbuka bersahur dan berterawikh bersama keluarga..dan yang terpenting ku harap Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan yang lepas..sungguh ku sangat bersyukur masih diberi nyawa untuk sampai Ramadhan tahun ini dan mudah mudahan hingga ke akhir..

"Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan;kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya..(HR Bukhari dan Muslim)..
Bergembiralah kita dengan Ramadhan yang datangnya setiap tahun sekali kerana banyak telah Allah titipkan kepada hambanya di Bulan ini, pahala berlipat kali ganda sabda Rasulullah.."barang siapa melaksanakan amalan sunnnah pada bulan Ramadhan, maka pahalanya sama dengan pahala melaksanakan ibadah wajib, dan barang siapa melakasanakan ibadah wajib di bulan Ramadhan pahalanya sama dengan pahala melaksanakan 70 ibadah wajib pada bulan selain Ramadhan" (HR al-Baihaqi)..dan banyak lagi hadis serta dalil al-Quran yang menceritakan berkaitan bulan Ramadhan antaranya surah Al-Baqaraah:183-187..

Tetapi yang terpenting, jika kita nak tahu Ramdhan yang kita lalui baik@tidak lihatlah amalan selepas bulannya..aggaplah Ramadhan ini medan untuk mendidik dan mentarbiyyah rohani..moga2 ianya memberi impak kepada bulan-bulan selepasnya..

"Ramadhan yang terbaik adalah Ramadhan yang membuahkan hasilnya untuk bulan-bulan lain"

wallahu'alam



~Al-Quran & Pendidikan~


Bismillahirrahamanirrahim..

Setelah semiggu kelas sudah bermula walaupun tidak sepenuhnya (disebabkan oleh minggu add and drop)..leturer yang masuk kelas kebanyakannya tidak memulakan sesi pengajian lagi dek kerana ada student yang tidak masuk kelas (ada musyaqah) @kitab/buku masih tiada pada setiap student dan sebagainya..menurut senior minggu petama awal sem mmg mcm nie..

Namun, tidak rugi bagi siapa yang masuk kelas sewaktu minggu pertama ni..
Ada satu kelas yang admin tertarik dengan kuliah pertamanya..melihat student hanya 9 (termasuk admin) dari 15 org, ust mencadangkan supaya untuk kelas pertama ini cukup sekadar pekenalan..termasuklah pengenalan berkaitan dengan sub. yang akan dipelajari..kami hanya menurut..

Ust lebih kepada melontarkan pendapat beliau..dan admin sangat setuju dengan apa yang dilontarkan..antara kata-kata yang admin tertarik, kita sepatutnya perlu dididik dengan Al-quran terlebih dahulu sebelum yang lain..jika kita lihat, bagaimana ulama'2 dahulu..sejak kecil lagi mereka dididik dengan menghafal al-quran sebelum ilmu2 lain, dan seterusnya faqih dalam pelbagai bidang..mereka boleh digambarkan seperti sebuah bentuk piramid yang terbalik, dari bawahnya dalam bentuk yang kecil (dipasakkan dgn Al-quran), dan kemudiananya semakin berkembang dengan ilmu2 Allah, sehinggalah mereka digelar sebagai alim ulama'..

Jika kita lihat, sistem pendidikan ditempat kita sendiri...sedar tidak sedar kita sebenarnya telah didoktrin dengan sistem pendidikan barat..Al-quran dianggap penting oleh sesetengah kos sahaja, walhal ia adalah ibu@rujukan bagi segala ilmu termasuklah matematik, kejuruteraan, sains dan sebagainya..jika ulama' dididik seperti sebuah peramid yang terbalik, maka sistem pendidikan kita adalah sebaliknya..yang akhirnya hanya satu ilmu sahaja yang ditumpukan (bhgian diatas piramid)..

Bagaimana kita lihat kedudukan Al-quran dalam sistem pendidikan??sama2 lah kita muhasabah dan fikirkan..jadikanlah Al-quran sentiasa dihadapan, jika yang bergelar mahasiswa yang mengambil bidang kejuruteraan, jadilah seseorang yang akan mencipta sesuatu untuk kebaikan manusia dengan berpandukan Al-quran, begitulah juga dengan bidang2 yang lain seperti sains, guaman, ekonomi dan sebagainya..bagi yang sudah @ akn 'mendirikan masjid' didiklah generasi yang akan datang dengan Al-quran..insyaAllah..

Wallahua'alam

'Indahnya hidup jika berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah'

~Pesanan Rasulullah kepada Aisyah~


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

"doa sejata orang mu'min"

~Bersediakah Diri Ini~

Bismillahirrahmanirrahim..

"salam, seorang sahabat kita telah kembali ke rahmatullah..minta untuk sedekahkan Alfatihah 10x dan selawat 33x kepada ........" begitulah satu msj yang masuk dalam inbox ku..aku masih dalam keadaan seperti tidak percaya..namun setelah 2, 3 msj sama yang ku terima dari sahabat, betullah msj tersebut..aku terasa sedikit sebak menerima berita itu..almarhumah adalah seorang yang peramah walaupun kami berlainan tempat tapi matrik@asasi uia yang sama..aku selesa bersahabat dengannya..namun aku juga sedih kerana perkenalan kami tidak panjang..dan menyesal kerana tidak mengambil peluang yang ada sepanjang hidupnya..apa pun hanya doa yang mampu ku sedekekahkan buatnya..

Aku terfikir sejenak, bersediakah aku jika dalam masa yang terdekat ini aku dipanggil-NYA??..dalam bulan ini sahaja banyak yang ku dengar berita tentang kematian..Ust Hassan Syukri (mantan timb. presidan pas) meninggal baru-baru ini, memberi impak kepada semua khususnya kepada Tok Guru Nik Aziz..ajal tidak mengenal umur, bila-bila masa sahaja ia tiba..
bila difikirkannya..adakah cukup amalanku di dunia ini??adakah aku layak berada di sisinya??adakah aku akan mati dalam husnul khatimah??..pelbagai persolan yang muncul di dalam ruang benak fikiranku apabila menerima berita tentang kematian..
jenazah Ust Hassan Syukri yang di sembahyangkan

Terima kasih Ya Allah kerana sering mengingatkan hambamu ini yang sering lupa dan lalai..di ke sempatan ini aku ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini..dan halalkan segalanya makan, minum, mahupun wang..andai diri ini tiada lagi di dunia ini..

"setiap dari kamu pasti akan merasai mati"

na'uzubillahiminzalik..wallahu'alam..

~SaTu AmaNah~

Dengan Bismillah ku bermula..
Bingkisan hati buatmu teman..
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan..
Bermula episod hidup di dunia ini..

Ku harap hanyalah di dunia..
Dirahmati dan diredhai..
Selamat sejahtera di Syurgawi..

Oh Tuhan satukanlah..
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi..
Jauhkanlah kami..
Dari rakus mengejar duniawi..
Hidup dan mati biarlah untuk-Mu..
Harap dunia hanya di tangan..
Bukan di hati tuk dicintai..

Kita dicipta sebagai khalifah..
Bersama kita hidup untuk-Nya..
kita dicipta di dunia fana..
Ada amanah yang tersedia..

"oh Tuhan..
Kita laksana bersama..
Amanah dari-Nya demi..
Memburu cinta dan harapan..

Tuhan itu harus diutamakan..
Dari segala kepentingan dunia..
Bergandingan kita untuk..
Menburu cintanya..
Oh cinta-Nya..

"Tuhan..
Satukanlah hati-hati kami..
Memohon kasih-Mu Tuhan..
Dalam mengharap redha..
Dari-Mu..

"Hanya di dunia..
Kita harapkan, kita dambakan..
Selamat sejahtera, bahagia.."

By: Hijjaz-SATU AMANAH
Album: Permata HIJJAZ





Align Center

~PepaTah PuJanGGa~


Burung-burung beterbangan..
Angin pagi bertiupan..
Sang suria mula memancar..
Menyinari alam semesta..

Insan di dunia mulai tersedar..
Sehari lagi umur bertambah..
Yang dah pergi akan diganti..
Yang masih hidup terus berbakti..

Jangan takut pada mati..
Kalau beriman bertaqwa..
Kubur bukan tempat rohani..
Tapi perhentian jasmani..

Wahai orang-orang beriman..
Inilah patah pujangga..
Kata yang telah diberikan..
Jadi insan bijaksana..

Mari insan mari semua..
Kau dan aku menadah tangan..
Memohon doa pada ilahi..
Agar selamat hidup dan mati..

by: hijjaz-pepatah pujangga

Merenung Sejenak...

Salam berfikir saudara/i seislam sekalian..terasa tiba-tiba pula hendak menulis..melihat rancangan2 di televisyen yang semakin meluas dan tidak dinafikan ada yang menjadikan menonton televisyen sebagai hobi..jika program rancangan seperti national geografi, alkuliyyah dan sebagainya yang menjadi hobi tidak dikisah kan..tetapi sebaliknya..terlalu banyak filem@drama yang berkisarkan mengenai cinta..filem barat ke tempatan sama shja..dan ini mungkin salah satu sebab mengapa bercouple@bercinta adalah antara 'trend' remaja masa kini..artis2 yang berpelukan, berpeganagn tangan (tambah apabila scene ketika bercinta) ia seolah2 seperti tidak tahu batas dan ajaran islam..melihat perkara sebegini terjadi suka untuk saya ktakan bahawa sebenarnya tanpa kita sedari, artis2 ini adalah guru kepada masyarakat..kenapa saya berkata begitu??kerana guru juga adalah seorang yang boleh megubah peribadi seseorang itu..xmustahil peribadi seseorang itu boleh berubah disebabkan menonton drama@filem@ sesuatu rancangan itu..tetapi ia tidak layak digelar guru jika apa yang dilakonkn menjadi contoh yang tidak elok kepada masyarakat..ambil lah pengajaran dari cerita tersebut tetapi jangn di ambil ajaran yang tidak elok dari cerita tersebut..

Jika kita lihat berapa ramai sahaja wanita2 yang menjaga aurat dengan sempurna??..berapa ramai sahaja yang menjaga batas2 pergaulan??..yang tidak pernah berpegang, betepuk tampar antara lelaki dan perempuan berapa ramai sahaja??adakah ini yang digelarkan sebagai seorang yang beragama islam??mungkin ada yang menganggap perkara sebegini adalah biasa tetapi kita perlu ingt agama islam tidak sama dengan agama lain..islam itu tinggi martabatnya..di mana kesucian islam jika maksiat dan perkara yg dilarang oleh Allah dilakukan??dan di mana perbezaan antara orang islam dan bukan??..akan jatuhlah martabat islam jika perkara tersebut dilakukan dan islam akan di anggap sama seperti agama lain..

Sesungguhnya agama yang TERINDAH dan TERBAIK disisi Allah adalah agama islam..dan syurga tempat bagi orang2 yang bertaqwa..persoalnnya..adakan kita ini sebenar-benar muslim yang bertaqwa??tepuk dada tanya iman jangan tanya aiman..jangan biarkan diri kita dihanyut oleh nafsu semata..di akhirat jualah yg kekal abadi..neraka adalah tempat bg mereka yang melakukn kemungkaran dan syurga itu tempat bg org yg bertaqwa..

Sekadar luahan dan peringatan dari hamba Allah yang masih mencari redhaNya khususnya pd diri sendiri..apa yang baik itu datangnya dari si Pencipta dan yang buruk itu datangnya dari yang dicipta..hakikatnya kedua2 datangnya dari si Pencipta dan diri ini hanya wasilah darinya..ambillah apa yang baik dan abaikan apa yg buruk..

wasalam..peace no war=)

YaALLAH Kau peliharahalah kami dari segala maksiat dan fitnah dunia.Jadikanlah Kami antara dikalangan orang2 yang bertaqwa..Ameen

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Peringatan bersama..

AJAIB TAPI BENAR

Oleh :hutait azzayyat
Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kaLI
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali


KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali


ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

3 PerSoaLan


Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

4 JeNiS mAnUsiA


Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :

1) Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.


2) Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.


3) Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.


4) Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.


Related Posts with Thumbnails