Hiduplah dengan mencari REDHA-NYA
Monday, April 26, 2010 at Monday, April 26, 2010
0 ulasan Label: Isu Semasa
Salam perkongsian saudara/i sekalian..di sini sedikit yang ingin saya kongsikn bersama..tiada kalimah yang paling agung iaitu subhanallah setelah membaca dan melihat gambar dari artikel dibawah..sesungguhnya Allah jualah Tuhan sekalian Alam dan pemberi hidayah kepada sesiapa shja yang Dia kehendaki..mari kita lihat bertapa hebatnya ciptaanNya..=)
***********************************************************************************
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Saya menerima email mengenai sungai di bawah laut. Mengkagumkan! Subhanallah. Demikian hebat ciptaan Allah, apakah belum tergerak di hati kita untuk mentaatiNya sepenuh hati?
Penglihatan kurniaan Allah adalah untuk melihat bukti kebesaran dan kehebatan Ilahi. Nikmat penglihatan sungguh besar buat kita semua. Tujuan ia dicipta guna membawa hati kepada Allah. Jika penglihatan diguna melihat perkara yang diharamkan Allah, maka pudarlah cahaya iman yang menjadi matlamat manusia diwujudkan. Betapa banyak perkara halal yang boleh dilihat, namun nafsu manusia yang cenderung kepada kejahatan lebih suka memilih perkara yang diharamkan. Perkara haram adalah racun kepada jiwa manusia seperti foto-foto dan perbuatan lucah yang banyak dicari manusia hari ini.
Artikel di bawah sudah diedit ke Bahasa Melayu. Artikel asal dalam Bahasa Indonesia.
Berhati-hatilah dengan fatamorgana dunia!
Ummu Abbas
15 Safar 1431H
12.12pm
update: 25 Rabiul Awwal 1431H/ 11 Mac 2010.
http://keranacinta.wordpress.com/2010/01/29/sungai-dalam-laut-subhanallah/
*********************************************************************
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53)
Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.
(Al-Rahman 55:19)
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.
(Al-Rahman 55:20)
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.
(Al-Rahman 55: 22)
Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.
Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?
(Al-Rahman 55: 13)
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
(Al-Naml 27:61)
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(Al-Naml 27:62)
Nota: Terdapat perselisihan pendapat mengenai keislaman Jaques Costeau. Hal itu sama ada benar atau tidak, saya sudah mengulasnya dalam ruangan komen. Terdapat perkongsian idea daripada para pembaca yang saya luluskan penerbitannya. Harap dapat baca semua komen terutama yang memberi fakta berbeza untuk mendapat gambaran lebih jelas tentang artikel ini.
Apa yang penting yang mahu ditonjolkan di sini ialah kebesaran Allah dalam penciptaanNya dan bahawa al-Quran itu mukjizat yang agung. Dan yang lebih penting lagi ialah jiwa kita sendiri bersedia untuk memperakui kebesaran Ilahi seterusnya menggerakkan saraf dan seluruh anggota badan untuk sujud dan patuh kepadaNya. Sama ada Jaques benar-benar Islam atau tidak sebelum kematiannya, urusannya telah selesai di sisi Allah. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana nasib kita sendiri di akhirat kelak serta bagaimanakah penutup episod hidup kita di dunia fana ini.
Harap maklum.
Ummu Abbas
updates: 17 Mac 2010/ 1 Rabiul Thani 1431H.
http://keranacinta.wordpress.com/2010/01/29/sungai-dalam-laut-subhanallah/
Saturday, March 27, 2010 at Saturday, March 27, 2010
0 ulasan Label: Isu Semasa, Perkongsian Bersama
KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.
Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.
Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.
Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.
Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.
Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.
Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.
Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.
Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.
Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.
http://www.harakahdaily.net
Friday, March 12, 2010 at Friday, March 12, 2010
0 ulasan Label: Isu Semasa
PASIR MAS: “Baba jahat!...Baba jahat!” tangis seorang budak perempuan berusia 10 tahun kepada ibunya selepas dinikahkan secara paksa oleh bapa kandung dengan rakan jemaahnya berusia 30-an di sini.
Pernikahan diragui itu diceritakan sendiri ibu kanak-kanak terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Na, 33, kepada Harian Metro selepas dimaklumkan anak perempuannya itu.
Katanya, dia terkejut kerana tidak menyangka suaminya tergamak menikahkan anak perempuan mereka yang masih budak dengan rakan jemaahnya tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga pada 22 Februari lalu.
“Mulanya saya terkejut apabila anak perempuan pulang ke rumah pada pagi 23 Februari lalu dengan menangis teresak-esak sambil memarahi bapanya dengan perkataan ‘baba jahat!’.
“Dia mengulangi perkataan itu berulang kali sambil menambah ‘baba kahwinkan saya dengan kawannya’ menyebabkan saya tertanya-tanya maksud di sebalik ayat terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beta, Pohon Buluh di sini, semalam.
Harian Metro difahamkan, proses pernikahan ringkas itu berlaku jam 5 petang apabila si bapa menikahkan sendiri anak perempuannya tanpa mengikut prosedur pernikahan biasa dan berlaku dalam suasana serba ringkas dalam kereta.
Bagaimanapun, ‘pengantin perempuan’ tidak hadir ketika upacara akad nikah itu berlangsung, sebaliknya dia hanya dibawa ke hotel selepas disahkan suami isteri.
Difahamkan, lelaki terbabit menikahkan anak perempuannya itu selepas dijanjikan ganjaran pahala oleh rakan jemaahnya selain ditaburkan janji manis kononnya ia mengikut sunnah Nabi dan pahalanya berlipat ganda.
Dia yang terpengaruh dengan ‘janji syurga’ kononnya mendapat ganjaran berlipat kali ganda kemudian bersetuju mewali dan menikahkan anaknya walaupun baru berusia 10 tahun.
Meskipun pernikahan terbabit mungkin sah mengikut syarak, namun tindakan menikahkan budak berusia 10 tahun menjadi kesalahan mengikut undang-undang syariah kerana masih di bawah umur.
Na berkata, dia segera mendapatkan penjelasan daripada anak perempuannya itu untuk mengetahui perkara sebenar, sebelum anak kedua daripada empat beradik itu menceritakan dia sudah dinikahkan.
“Tergamam saya ketika itu apabila dia beritahu dikahwinkan dengan rakan suami saya tanpa kerelaannya. Perasaan marah terhadap suami meluap-luap. Persoalannya mengapa dia sanggup mengahwinkan anak yang masih mentah.
“Ini menyebabkan saya segera bertemu rakan suami di sebuah masjid kira-kira 200 meter dari rumah untuk mendapatkan penjelasan mengenai pernikahan itu dan dia mengesahkannya,” katanya.
Katanya, berdasarkan pengetahuannya, proses pernikahan itu berlangsung di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak dan suaminya mewalikan pasangan anaknya sambil memandu.
“Saya dapat tahu anak saya diperdaya suami kononnya mahu membawa dia membeli-belah di sebuah pasar raya di Kota Bharu bersama saya yang sedang menunggu di situ.
“Bagaimanapun, semua barang yang dibeli dibayar rakannya sebelum dia dibawa ke sebuah hotel dekat Kota Bharu. Mereka menyewa dua bilik hotel. Sebuah untuk anak dan ‘suaminya’, manakala sebuah lagi untuk suami,” katanya.
Na berkata, selepas mengetahui dia sudah dinikahkan, anaknya menggunakan helah untuk tidur dengan tukang sapu wanita hotel terbabit sebelum dibawa pulang keesokannya.
Berikutan itu, Na ke Balai Polis Pasir Mas pada 25 Februari lalu untuk melaporkan mengenai perkahwinan anaknya dengan lelaki terbabit.
Pada masa sama, ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan di Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) selepas mendapat nasihat daripada ahli keluarga.
Berikutan itu, katanya, anaknya dikenakan perintah mufarakah (dipisahkan) dengan lelaki yang mengahwininya oleh Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, minggu lalu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku sebelum akhbar mendedahkan mengenai seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, namun lokasinya berbeza iaitu di sebuah madrasah berhampiran masjid besar di Machang.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Akadsambilpandukereta/Article
Thursday, March 11, 2010 at Thursday, March 11, 2010
0 ulasan Label: Isu Semasa
Wednesday, March 03, 2010 at Wednesday, March 03, 2010
0 ulasan Label: Isu Semasa
Dengan berbekalkan satu matlamat yang sangat besar iaitu untuk mengembalikan semula sistem khilafah ini yang telah mengangkat darjat serta kemuliaan ummah , maka beberapa individu dikalangan ulama’-ulama’ yang sedar memulakan langkah kearah pembentukan semula rasa cinta terhadap agama dikalangan ummat Islam yang telah diserang badai jahiliyah Sekular yang sangat dahsyat.
Berikut adalah beberapa Harakah Islamiah yang ditubuhkan selepas kejatuhan Khilafah :

Tuesday, March 03, 2009 at Tuesday, March 03, 2009
0 ulasan Label: Isu Semasa
IPOH - Sungguh memalukan dan sudah pasti peristiwa ini akan dikenang sebagai satu sejarah yang tidak akan dilupakan buat rakyat Perak khasnya dan Malaysia amnya. Sebelum ini kita hanya menyaksikan adengan ini berlaku dalam "filem wayang" seperti Laksamana Do Re Mi tatkala kerajaan sebuah negara yang dikenali sebagai "negeri pasir berdengung" ditumbangkan dan Raja serta pembesar negeri terpaksa bersemayam di bawah sebatang pokok bila istana dan khazanah negara dirampas. Kini ia berlaku lagi, bila "rampasan kuasa" berlaku di Perak dan menyebabkan Sidang DUN terpaksa di adakan di bawah sebatang pokok yang jaraknya sekitar 100 meter dari pagar Komplek SUK Negeri. Semua ini terjadi akibat halangan dan kekangan daripada puak-puak UMNO dan BN yang tidak mahu usul tergempar dibuat dan diterima tatkala Menteri Besar UMNO dan barisan exconya dihalang serta digantung daripada hadir ke sidang khas Dewan Undangan Negeri itu.Inilah dia pokok bersejarah yang menjadi saksi Sidang DUN Perak itu
12.04 pagi - Sidang DUN Tergempar yang bersejarah diadakan hari ini oleh pejuang-pejuang demokrasi negeri Perak diketuai oleh YAB Dato' Seri Nizar Jamaludin dan V. Sivakumar, Dato' Ngeh serta rakan-rakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.
11.15 pagi - Persidangan Tergempar DUN yang bersejarah telah mendapat perhatian seluruh negara malah seluruh dunia. Komen-komen yang diberikan oleh pengunjung blog anilnetto mencatatkan ramai ahli dan penyokong UMNO-BN berasa malu dengan keadaan yang berlaku di negeri Perak. Wakil-wakil rakyat yang dipilih rakyat bersidang dibawah pohon, sehingga menitiskan airmata beberapa insan yang menyaksikannya
11.13 pagi - Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk mempersembahkan keputusan Sidang DUN Tergempar pada hari kini
11.11 pagi - Dalam sidang media di pejabat DAP, Menteri Besar Pakatan Rakyat, Nizar berkata wakil-wakil rakyat bersidang dibawah pokok kerana dihalang memasuki DUN, namun tanggungjawab berdasarkan arahan speaker dilaksanakan untuk kepentingan rakyat
10.21 pagi - Persidangan dijalankan dengan 'formal' dan aturan Dewan, para ADUN memanggil Siva dengan panggilan Yang Dipertua. Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan depan Bangunan Perak Darul Ridzuan Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.0 ulasan Label: Isu Semasa