Perancangan-Mu yang terbaik..

Bismillahirrahmanirrahim..

Terasa diri ini ingin berkongsi sedikit perancangan yang telah ditetapkan oleh-Nya untuku sebagai seorang hambaNya..terkadang kita manusia ini hanya merancang dan hakikatnya Allah yang tentukan..sebelum bertarikh 3 Mei, seorang sahabat ku telah mengajak untuk bersama-sama menghadiri pengajian di Pondok Baitul Qura yang terletak di Melaka..sememangnya ada ku bercadang untuk belajar pondok sewaktu cuti ini..alhamdulillah ada juga yang mengajak..tetapi sayangnya minggu tersebut ada sedikit masalah dan hujung minggunya kami pulang ke kampung..hajat untuk hadir ke meeting di sekolah bersama dengan batch07 sma mam (SMA Maahad Al-Mizan) juga tidak menjadi..hmm mgkin ada hikmah disebaliknya..berbalik cerita untuk ke pondok..aku merancang pula untuk pergi pada minggu keduanya..aku berpakat dengan seorg lagi sahabat untuk ke sana..tetapi akhirnya dia tidak boleh pergi kerana ada masalah sedikit..asalnya kami merancang untuk bertransportkan bas, tetapi itulah..nasihat ibu bapa yang perlu di utamakan..walau ke mana sahaja kita pergi, keizinan dan kebenaran ibu bapa itu adalah harus..nak dipendekkan cerita, memandangkan tidak berteman dan tidak pernah pula ke sana, aku tidak jadi pergi..hu2..sedih juga..

Tapi Allah dah menetapkan yag terbaik buat diriku..satu mesej telah masuk ke dalam inbox..''nk join kerja ngn ust x?..sorg lg 2 dia xjadi nk join"kata shbtku..mmg aku xsangka, lain yang dirancang lain pula yang jadi..hanya alhamdulillah dan rasa syukur ku panjatkn buatNYA..jadi apa lagi, aku terus meminta izin dari mak ayah dan Alhamdulillah mereka mengizinkan di sebabkan ada kawan dan tempat tinggal juga disediakan..sekurang-kurangnya Allah mengkabulkan permintaan ku supaya diri ini tidak semakin lalai ketika cuti@on the way nk masuk Gombak..dan yang paling penting aku dapat pengalaman disamping menambah ilmu..11 Mei 2007 adalah tarikh aku masuk kerja..emm mcm kelakar pula nk sebut 'kerja', kalau tidak 10 haribulan dah masuk tapi ada 'musyaqah' sikit..aku dan 2 orang lagi (juma dan shira) datang pada hari itu juga..2 orang lagi (mahfuzah dan khairana) sudah ada di sana menanti kami (maap ye terlewat sehari)..

Inilah nk dikatakan..kadang2 apa yang kita hendak, xdapat tetapi lain pula yang dapat..teringat satu kata2.."ALLAH xmemberi apa yang kita mahukan tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan"..setiap yang terjadi itu ada hikmahnya..kita xtahu apa hikmahnya sekarang tp insyaAllah kita akan tahu hikmahnya di masa akan datang..moga apa yang diceritakan boleh kita sama2 jadikan iktibar:

1) Kita hanya merancang, ALLAH yang menetukan segalanya..
2) Segala perancangan ALLAH adalah yang terbaik.
3) ALLAH sentiasa mendengar doa hambanya.
4) Setiap sesuatu ada hikmahnya.

Segala yang baik datangnya dari PENCIPTA dan yang buruk itu datangnya dari yg DICIPTA..hakikatnya kedua2nya dtg dariNYA dan disandrkan pd diri ini..wallau'alam..

~SaTu AmaNah~

Dengan Bismillah ku bermula..
Bingkisan hati buatmu teman..
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan..
Bermula episod hidup di dunia ini..

Ku harap hanyalah di dunia..
Dirahmati dan diredhai..
Selamat sejahtera di Syurgawi..

Oh Tuhan satukanlah..
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi..
Jauhkanlah kami..
Dari rakus mengejar duniawi..
Hidup dan mati biarlah untuk-Mu..
Harap dunia hanya di tangan..
Bukan di hati tuk dicintai..

Kita dicipta sebagai khalifah..
Bersama kita hidup untuk-Nya..
kita dicipta di dunia fana..
Ada amanah yang tersedia..

"oh Tuhan..
Kita laksana bersama..
Amanah dari-Nya demi..
Memburu cinta dan harapan..

Tuhan itu harus diutamakan..
Dari segala kepentingan dunia..
Bergandingan kita untuk..
Menburu cintanya..
Oh cinta-Nya..

"Tuhan..
Satukanlah hati-hati kami..
Memohon kasih-Mu Tuhan..
Dalam mengharap redha..
Dari-Mu..

"Hanya di dunia..
Kita harapkan, kita dambakan..
Selamat sejahtera, bahagia.."

By: Hijjaz-SATU AMANAH
Album: Permata HIJJAZ





Align Center
Related Posts with Thumbnails