Alhamdulillah setelah 5 hari di Pantai timur banyak pengalaman dan kenangan yang tidak akan ku lupakan..Muktamar PAS kali ke-56, ini adalah kali pertama aku datang ke Muktamar PAS, tetapi atas urusan kerja..dan insyaAllah akan menjejakkan kaki ke sana lagi atas urusan lain pula,,huhu..
TAKLIMAT SEBELUM BEKERJA.

1) untuk hari pertama tengok-tengok dahulu cara@skill orang mempromot..
2) jangan rasa kita nie dah bagus sangat..
3) jaga ibadah kita dengan Allah, baca surah waqi'ah setiap pagi dan solat dhuha (untuk murah rezki) ini adalah antara amalan usahawan muslim yang berjaya..dan juga ayat seribu dinar..
4) buang rasa sifat malu untuk convince dengan orang..
5) jangan sedih jika orang tidak beli, percaya dengan rezki dari Allah..
bayak lagi yang ust kongsikan kepada kami..termasuk pengalaman ustaz ketika berniaga dahulu..bagaimana susahnya sehinggalah sekarang..alhamdulillah aku tersuntik dengan pesanan@tashji' yang diberikan sebelum mememulakan operasi..
PROMOTER KAMUS MIFtAHUTULLAB

Di sana aku juga dikenali sebagai promoter sekaligus menjaga gerai bersama dengan rakan sekerja yang lain..perkenalkan antara promoter2 kamus miftahutullab di muktamar..kumpulan pertama Syahir, Ziad, Asilah dan Syahirah dan kumpulan kedua pula Zul, Syazwan, Mahfudzah, dan Khairana..kata ustaz kami perlu bersaing, mana-mana kumpulan yang dapat banyak pelanggan kumpulan tersebut akan lebih komisyen..emm tetapi selepas 2@3 hari sebaliknya pula jadinya,,huhu..
Meh nak cerita sikit pengalaman sebagai promoter..emm bukan senang nak jadi promoter ni..
1) apa perasaan edar 'flyers' orang tidak ambil?? (bkn promot).
2) apa perasaan mempromot orang tidak membeli@buat muka@cepat2 elakkan diri??
3) apa perasaan menuggu di kedai pelanggan xde??
4) bagaimana nak convince dengan orang dan nk yakinkan orang dengan produk kita??
Semua perasaan ini dirasaiku..dan semua ini mengajarku untuk menjadi lebih matang dalam sedar mahupun tidak antaranya..
1) ambillah flyers jika ada orang yang hulur pada kita,, nk beli@tidak, itu lain cerita..dah itu mmg kerja dia mengedar flyers..bukannye susah, cuma ambil je..=)
2) 'time' mempromot kalau boleh dengar@ sekurang-kurangnya menolak sambil senyum (senyum itukan sedekah)..=)
3) bak kata ustaz, nk promot ni perlu ada skill..dan skill itu terpulang pada keadaan dan situasi..jika kena skill dan keadaan insyaAllah pelanggan akan beli..
2) 'time' mempromot kalau boleh dengar@ sekurang-kurangnya menolak sambil senyum (senyum itukan sedekah)..=)
3) bak kata ustaz, nk promot ni perlu ada skill..dan skill itu terpulang pada keadaan dan situasi..jika kena skill dan keadaan insyaAllah pelanggan akan beli..
Emm..ini adalah antara pengalaman yang pertama aku sebagai promoter..kalau nak diceritakan memang banyak..setakat ini je yang aku mampu tulis pengalaman aku sebagai promoter..
KENANGAN YANG TIDAK DILUPAKAN
1) Singgah terengganu sebelum dan selepas berada di kelantan (rumah isteri ust khairi)..
2) Pergi mempromot di PCB (muktamar dewan muslimat)..
3) Ustaz belanja RCH (Radix Chicken House)..setelah 5 hari semua staff penat bekerja..
4) Singgah berehat sebentar di Cerating.
5) tinggal di rumah mak saudara syahirah yang agak selesa..alhamdulillah..
6) berada di booth @ gerai2 yang berdebu..hehe
7) ceramah tok guru dan berjumpa dengan pimpinan-pimpinan PAS..
8) banyak shopping..untuk family...barang murah-murah..=)

Last but not least, banyak yang ingin ku coretkan tetapi ini adalah antara yang mampu@ dapat dikongsikan pengalaman dan kenangan..dalam kita bermusafir, sedar@ tidak kita banyak belajar.. antaranya juga adalah merapatkan ukhwah..dan dengan bermusafirlah juga kita dapat mengenali seseorang itu dengan lebih lagi..xpercaya?? cuba lah sendiri..=)
"pengalaman adalah guru kita yang tidak berkata-kata tetapa ia banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan yang sebenar"
wallahu'alam..
0 ulasan:
Post a Comment