Inilah dia pokok bersejarah yang menjadi saksi Sidang DUN Perak itu
12.04 pagi - Sidang DUN Tergempar yang bersejarah diadakan hari ini oleh pejuang-pejuang demokrasi negeri Perak diketuai oleh YAB Dato' Seri Nizar Jamaludin dan V. Sivakumar, Dato' Ngeh serta rakan-rakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.
11.15 pagi - Persidangan Tergempar DUN yang bersejarah telah mendapat perhatian seluruh negara malah seluruh dunia. Komen-komen yang diberikan oleh pengunjung blog anilnetto mencatatkan ramai ahli dan penyokong UMNO-BN berasa malu dengan keadaan yang berlaku di negeri Perak. Wakil-wakil rakyat yang dipilih rakyat bersidang dibawah pohon, sehingga menitiskan airmata beberapa insan yang menyaksikannya
11.13 pagi - Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk mempersembahkan keputusan Sidang DUN Tergempar pada hari kini
11.11 pagi - Dalam sidang media di pejabat DAP, Menteri Besar Pakatan Rakyat, Nizar berkata wakil-wakil rakyat bersidang dibawah pokok kerana dihalang memasuki DUN, namun tanggungjawab berdasarkan arahan speaker dilaksanakan untuk kepentingan rakyat
10.52 pagi - Seramai lebih kurang 1,000 telah menyaksikan Sidang DUN Tergempar Negeri Perak yang menjadi sejarah demokrasi negara Malaysia. Mereka bersurai dengan aman.
10.46 pagi - Hari Ini Dalam Sejarah, 3 Mac 09 di Ipoh Perak untuk dikenangi dan diingati buat selama-lamanya di tanahair kita yang kita cintai, bermula hari ini
10.37 pagi - Seorang penyokong mempamirkan kad sokongan yang berbunyi ' Dunia Sedang Melihat'
10.30 pagi - Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.
10.25 pagi - Usul kedua dibentangkan , usul membubarkan DUN, diluluskan sebulat suara
10.23 pagi - Usul pertama dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.
10.21 pagi - Persidangan dijalankan dengan 'formal' dan aturan Dewan, para ADUN memanggil Siva dengan panggilan Yang Dipertua. Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan depan Bangunan Perak Darul Ridzuan Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.
0 ulasan:
Post a Comment