Zikir Dan Doa Menjelang Peperiksaan

    Bismillahirrahmanirrahim..


    Alhamdulillah di saat kesibukan exam mahupun yang akan bermulanya exam, terpanggil diri ini untuk berkongsi beberapa doa dan zikir. Kadang-kadang kita sering lupa pengharapan kita kepada-Nya tetapi kepada Dialah yang sepatutnya kita berserah..bukan kepada buku@nota kerana kita adalah milik-Nya..Dia boleh lakukan apa sahaja kehendak terhadap hambanya..namun yang terpenting adalah usaha dan tawakal..

    Dan sebagai seorang pelajar mahupun manusia, kita tidak lepas dari cabaran seperti lupa, sikap malas, dan lain-lain..maka doa dan zikirlah merupakan suatu benda yang penting sebagai perisai kepada diri..


    Bacaan di Sekitar Peperiksaan..


  1. Di waktu Turun dari Rumah..
  • Membaca Ayat Al-Kursi- niatkan utk memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
  • Keluar dengan kaki kanan serta bismillah..

  1. Di waktu menuju ke dewan peperiksaan..

    اللهم اجعل في قلبي نورًا، وفي لسان نورًا، واجعل في سمعي نورًا، واجعل في بصري نورًا، واجعل من خلفي نورًا، ومن أمامي نورًا، واجعل من فوقي نورًا، من تحتي نورًا، اللهم اعطني نورًا


    ( Ya Allah jadikan dlm hatiku cahaya dan lidahku cahaya; dan jadikanlah pd pendengaranku cahaya; Jadikanlah pd penglihatanku cahaya; Jadikanlah di pihak belakangku cahaya dan di pihak belakangku cahaya; Dan jadikanlah di pihak atasku cahaya, dan di pihak belakangku cahaya. Ya Allah kurniakanlah kpdku cahaya)..



  1. Di waktu Mula Menjalani Peperiksaan..

  • Membaca surah Al-Fatihah- memohon agar dibukakan sgl ingatan dan fikiran
  • Membaca ayat Kursi- meminta kepada agar hilang rasa gementar di hati dan agar beroleh kejayaan
  • الحمد لله حقَّ حمده. والصلاة والسلام على رسوله محمدٍ وآله.
  • يا نور (ulang beberapa kali)
  • ..بسم الله الرحمن الرحيم


  1. Di waktu Terlupa sesuatu pelajaran..

  • يا الله(ulang beberapa kali)
  • اللهم ذكرني ما نسيتُ بذكرك، يا الله (
    • Ya Allah, peringatkanlah kepadaku apa yg aku terlupa dgn sebb menyebut-Mu ya Allah)


  1. Di waktu merasa susah Menjawab soalan..

    اللهم لا سهل الاّ جعلته سهلا، وانت تجعلُ الحَزنَ اذا شِئت سهلا.

    ( Ya Allah tiadalah kemudahan itu melainkan apa yg Engkau jadikannya mudah, sedang Engkau memang boleh menjadikan yang sukar itu mudah bila Engkau kehendaki. )


    Ulang2kan ayat:


    إن مع العسر يسرًا.

    ( sesungguhnya dalam kesukaran itu terdapat kemudahan )



  1. Di waktu Selesai Menjawab soalan..


  • اللحمد لله رب العالمين

    Atau


    الحمد لله على كل حال

    ( segala puji bg Allah pd setiap keadaan)

  • Selawat ke atas Nabi dan bertawakal kepada Allah..

~Kesalahan Dalam Solat Berjemaah~

KESALAHAN MAKMUM

1. Tidak bersegera menempati saf pertama bagi orang yang datang lebih dahulu
Sebahagian orang datang cepat ke masjid dan melihat banyak tempat yang masih kosong di saf pertama, tetapi lebih suka di duduk saf belakang , ada yang sengaja duduk saf belakang agar boleh bersandar pada tiang atau dinding masjid.

Semua ini menyalahi perintah Nabi SAW agar bersegera menempatkan di saf pertama.

Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا
“Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkan kecuali dengan diundi, niscaya mereka melakukannya”(HR. Bukhari dari Abu Hurairah RA )


Dan Rasulullah SAW mengancam bagi orang yang sengaja bahkan bersenang lenang di saf belakang/akhir.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي أَصْحَابِهِ تَأَخُّرًا فَقَالَ لَهُمْ تَقَدَّمُوا فَأْتَمُّوا بِي وَلْيَأْتَمَّ بِكُمْ مَنْ بَعْدَكُمْ لَا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمُ اللَّهُ
Rasulullah SAW melihat ada yang mengambil saf belakang. Maka Nabi SAW bersabda: majulah kalian dan ikutilah aku, dan hendaklah yang setelah kalian mengikuti kalian.
Kaum yang senantiasa mengambil saf akhir akan diakhirkan Ta’ala dari rahmat-Nya. (HR. Muslim dari Abu Sa’id al Khudriy)

2. Tidak menegakkan (meluruskan dan merapatkan) shof sholat berjama’ah
Menegakkan saf adalah hal yang sangat penting atas dasar prinsip dalam solat berjamaah.

Sabda Rasulullah SAW :
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ
“Luruskanlah Saf-saf kalian, sesungguhnya meluruskan shaf adalah termasuk menegakkan solat”

Photobucket

Photobucket

Photobucket


sumber:http://www.isuhangat.net/2010/09/kesilapan-solat-berjemaah/

~Kamus Inspirasi dari Kamus al-Marbawi~


KAMUS MIFTAH AT-TULLAB
(KELUARAN TERBARU 2010)




Kamus Miftah AtTullab bermaksud 'KUNCI PELAJAR'. Ia ringkasan daripada KamusModen ALMIFTAH..Khusus untuk para pelajar sekolah menengah dan pengajiantinggi. Mengandungi lebih 30,000 entri dan bersinonim serta memperkenalkan istilah-istilah moden dan klasik seperti Syariah Islamiah, Kimia, Biologi, Falsafah,Psikologi, Undang-undang, Politik, Ekonomi, Musik, Sukan, Fisik, Perdagangan,Komputer, Mantik, Sastera Arab dan lain-lain..

KEISTIMEWAAN:

- 30,000 ENTRI B.ARAB
- PECAHAN ENTRI B.ARAB
- KATA SEERTI B.ARAB
- MAKNA B. MELAYU DAN B.INGGERIS
- 900 MUKA SURAT
- 25 ISTILAH MODEN & KLASIK
- PENCARIAN TANPA KATA DASAR


KAMUS MODEN AL-MIFTAH EXCLUSIVE
(EDISI@WAJAH BARU 2010)




KEISTIMEWAAN:

- 4JILID+CD E-MIFTAH
- 60,000 ENTRI KATA DASAR B. ARAB
- PECAHAN ENTRI BERLAINAN MAKNA
- KATA SEERTI B.ARAB
- MAKNA B.MELAYU & B.INGGERIS
- 2000 MUKA SURAT
- 3000 ENTRI B'GAMBAR
- 48 M/S EKSLUSIF BERGAMBAR
- PENCARIAN KATA DASAR..



*************************************************************************
Kepada sesiapa berminat n nk buat tempahan bleh berbuat demikian pada saya..=)
Harga promosi untuk pelajar:.

ALMIFTAH=rm350
MIFTAH ALTULLAB=rm50
E-MIFTAH @ CD = RM199

Harga pasaran:
ALMIFTAH=rm580
MIFTAH ALTULLAB=rm69


SYUKRAN..



~Bagaimanakah kita??~

Bismillahirrahmanirrahim..

SIRAH 1

Seorang sahabat telah terlambat datang ke majlis Nabi SAW..
Tempat sudah penuh sesak..
Ia meminta izin untuk mendapat tempat, namun sahabat lain tidak ada yang mahu memberinya tempat..
Di tengah kebingungan, Rasulullah SAW memanggil dan meminta sahabat tersebut duduk bersebelahan dengannya..
Tidak cukup dengan itu, Rasulullah melipat serbannya lalu diberikan sahabat tersebut untuk dijadikan alas tempat duduk..
Sahabat tersebut dengan berlinangan air mata, menerima serban tersebut namun tidak menjadikannya alas duduk akan tetapi dia mencium serban NAbi SAW.

**Bagaimanakah kita seorang penceramah@pendidik terhadap penerima ilmu@pengisian yang kadang kala ada musyaqqah yang xdpt dielakkan??dan bagaimana pula kita sebagai muslim terhadap saudara yang seislam yang lain??**

*************************************************************************

SIRAH 2

Nabi Muhammad SAW jugalah yang membuatkan hati Aisyah khuatir ketika menjelang subuh Aisyah tidak mendapati suaminya disampingnya...
Aisyah keluar membuka pintu rumah..
Terkejut Aisyah bukan kepalang melihat suaminya tidur di depan pintu.

Aisyah bertanya,
"Mengapa engkau tidur di sni?"..

Nabi Muhammad menjawab,
"Aku pulang sudah larut malam dan khuwatir mengganggu tidurmu, sehingga aku tidak mengetuk pintu. Itulah sebabnya aku tidur di depan pintu."


**Bagaimanakah pula perilaku kita terhadap isteri mahupun sahabat kita??**

******************************************************************************
SIRAH 3

Suatu hari Rasulullah didatangi oleh seorang kafir..
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat..
Wanita itu membawa bebberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda..
Kelihatan cantik buah tersebut sehingga akan terliur siapa yg melihatnya..
Baginda menerimanya dengan senyuman..

Biasanya Rasulullah SAW akn makan bersama dengan para sahabat, namun kali ini tidak..
Tidak seulas limau pun diberikan kepada mereka..
Rasulullah terus makan dengan senyuman sehinggalah habis semua limau itu..
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih kepada baginda.

Para sahabat agak pelik dengan sikap Rasulullah SAW itu..
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan,
" Tahukah kalian, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa pertama kali pertamanya kali aku merasainya..

Jika kalian turut makan aku bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut..
Saya bimbang hatinya akn tersinggung. Sebab itu aku menghabiskannya..

**Bagaimanakah pula jika kita berada di situasi di atas??Baimanakah jika kita apabila menerima sesuatu yang tidak disukai??**

************************************************************************************

Subhanalah betapa indah dan cantiknya akhlak yang ada pada Rasulullah..selalu kita ungkapkan agar sunahnya perlu diikuti dalam kehidupan seharian..namun zaman sekarang amat payah untuk kita lihat seseorang yang akhlak sepertinya..

Sekadar perkongsian dan dan peringatan bersama..

"Jom hayati sunnah Rasulullah"

~Ramadhan Bulan Rahmat~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyannyang..

Pagi mulai cerah, melihat burung-burung beterbangan sambil berkicau di ruangan Penciptanya..membuatkan hati ini lebih bertambah tenang juga selepas menatap kalam Allah beberapa minit lalu..Ya Allah sungguh tidak dapat ku hitung berapa banyak nikmat-Mu..ditambah nikmat pahala yang Kau kurniakan kepada hamba-Mu di bulan Ramadahan yang mulia ini..namun terkadang hamba-Mu ini sering lupa dengan nikmat yang Kau berikan..Ya Allah Kau jauhkanlah diri ini daripada menjadi seorang yang sering lupa dan jarang mensyukuri nikmat-Mu..

Sedar atau tidak hari ini masuk hari ke-5 bulan berpuasa..bersahur dan berbuka bersama sahabat-sahabat sudah menjadi kebiasaan..jarang sekali untuk bersama dengan keluarga..tp alhamdulillah seminggu sebelum raya akan cuti..dapat juga berbuka bersahur dan berterawikh bersama keluarga..dan yang terpenting ku harap Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan yang lepas..sungguh ku sangat bersyukur masih diberi nyawa untuk sampai Ramadhan tahun ini dan mudah mudahan hingga ke akhir..

"Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan;kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya..(HR Bukhari dan Muslim)..
Bergembiralah kita dengan Ramadhan yang datangnya setiap tahun sekali kerana banyak telah Allah titipkan kepada hambanya di Bulan ini, pahala berlipat kali ganda sabda Rasulullah.."barang siapa melaksanakan amalan sunnnah pada bulan Ramadhan, maka pahalanya sama dengan pahala melaksanakan ibadah wajib, dan barang siapa melakasanakan ibadah wajib di bulan Ramadhan pahalanya sama dengan pahala melaksanakan 70 ibadah wajib pada bulan selain Ramadhan" (HR al-Baihaqi)..dan banyak lagi hadis serta dalil al-Quran yang menceritakan berkaitan bulan Ramadhan antaranya surah Al-Baqaraah:183-187..

Tetapi yang terpenting, jika kita nak tahu Ramdhan yang kita lalui baik@tidak lihatlah amalan selepas bulannya..aggaplah Ramadhan ini medan untuk mendidik dan mentarbiyyah rohani..moga2 ianya memberi impak kepada bulan-bulan selepasnya..

"Ramadhan yang terbaik adalah Ramadhan yang membuahkan hasilnya untuk bulan-bulan lain"

wallahu'alam



Related Posts with Thumbnails