~Bagaimanakah kita??~

Bismillahirrahmanirrahim..

SIRAH 1

Seorang sahabat telah terlambat datang ke majlis Nabi SAW..
Tempat sudah penuh sesak..
Ia meminta izin untuk mendapat tempat, namun sahabat lain tidak ada yang mahu memberinya tempat..
Di tengah kebingungan, Rasulullah SAW memanggil dan meminta sahabat tersebut duduk bersebelahan dengannya..
Tidak cukup dengan itu, Rasulullah melipat serbannya lalu diberikan sahabat tersebut untuk dijadikan alas tempat duduk..
Sahabat tersebut dengan berlinangan air mata, menerima serban tersebut namun tidak menjadikannya alas duduk akan tetapi dia mencium serban NAbi SAW.

**Bagaimanakah kita seorang penceramah@pendidik terhadap penerima ilmu@pengisian yang kadang kala ada musyaqqah yang xdpt dielakkan??dan bagaimana pula kita sebagai muslim terhadap saudara yang seislam yang lain??**

*************************************************************************

SIRAH 2

Nabi Muhammad SAW jugalah yang membuatkan hati Aisyah khuatir ketika menjelang subuh Aisyah tidak mendapati suaminya disampingnya...
Aisyah keluar membuka pintu rumah..
Terkejut Aisyah bukan kepalang melihat suaminya tidur di depan pintu.

Aisyah bertanya,
"Mengapa engkau tidur di sni?"..

Nabi Muhammad menjawab,
"Aku pulang sudah larut malam dan khuwatir mengganggu tidurmu, sehingga aku tidak mengetuk pintu. Itulah sebabnya aku tidur di depan pintu."


**Bagaimanakah pula perilaku kita terhadap isteri mahupun sahabat kita??**

******************************************************************************
SIRAH 3

Suatu hari Rasulullah didatangi oleh seorang kafir..
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat..
Wanita itu membawa bebberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda..
Kelihatan cantik buah tersebut sehingga akan terliur siapa yg melihatnya..
Baginda menerimanya dengan senyuman..

Biasanya Rasulullah SAW akn makan bersama dengan para sahabat, namun kali ini tidak..
Tidak seulas limau pun diberikan kepada mereka..
Rasulullah terus makan dengan senyuman sehinggalah habis semua limau itu..
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih kepada baginda.

Para sahabat agak pelik dengan sikap Rasulullah SAW itu..
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan,
" Tahukah kalian, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa pertama kali pertamanya kali aku merasainya..

Jika kalian turut makan aku bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut..
Saya bimbang hatinya akn tersinggung. Sebab itu aku menghabiskannya..

**Bagaimanakah pula jika kita berada di situasi di atas??Baimanakah jika kita apabila menerima sesuatu yang tidak disukai??**

************************************************************************************

Subhanalah betapa indah dan cantiknya akhlak yang ada pada Rasulullah..selalu kita ungkapkan agar sunahnya perlu diikuti dalam kehidupan seharian..namun zaman sekarang amat payah untuk kita lihat seseorang yang akhlak sepertinya..

Sekadar perkongsian dan dan peringatan bersama..

"Jom hayati sunnah Rasulullah"

~Ramadhan Bulan Rahmat~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyannyang..

Pagi mulai cerah, melihat burung-burung beterbangan sambil berkicau di ruangan Penciptanya..membuatkan hati ini lebih bertambah tenang juga selepas menatap kalam Allah beberapa minit lalu..Ya Allah sungguh tidak dapat ku hitung berapa banyak nikmat-Mu..ditambah nikmat pahala yang Kau kurniakan kepada hamba-Mu di bulan Ramadahan yang mulia ini..namun terkadang hamba-Mu ini sering lupa dengan nikmat yang Kau berikan..Ya Allah Kau jauhkanlah diri ini daripada menjadi seorang yang sering lupa dan jarang mensyukuri nikmat-Mu..

Sedar atau tidak hari ini masuk hari ke-5 bulan berpuasa..bersahur dan berbuka bersama sahabat-sahabat sudah menjadi kebiasaan..jarang sekali untuk bersama dengan keluarga..tp alhamdulillah seminggu sebelum raya akan cuti..dapat juga berbuka bersahur dan berterawikh bersama keluarga..dan yang terpenting ku harap Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan yang lepas..sungguh ku sangat bersyukur masih diberi nyawa untuk sampai Ramadhan tahun ini dan mudah mudahan hingga ke akhir..

"Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan;kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya..(HR Bukhari dan Muslim)..
Bergembiralah kita dengan Ramadhan yang datangnya setiap tahun sekali kerana banyak telah Allah titipkan kepada hambanya di Bulan ini, pahala berlipat kali ganda sabda Rasulullah.."barang siapa melaksanakan amalan sunnnah pada bulan Ramadhan, maka pahalanya sama dengan pahala melaksanakan ibadah wajib, dan barang siapa melakasanakan ibadah wajib di bulan Ramadhan pahalanya sama dengan pahala melaksanakan 70 ibadah wajib pada bulan selain Ramadhan" (HR al-Baihaqi)..dan banyak lagi hadis serta dalil al-Quran yang menceritakan berkaitan bulan Ramadhan antaranya surah Al-Baqaraah:183-187..

Tetapi yang terpenting, jika kita nak tahu Ramdhan yang kita lalui baik@tidak lihatlah amalan selepas bulannya..aggaplah Ramadhan ini medan untuk mendidik dan mentarbiyyah rohani..moga2 ianya memberi impak kepada bulan-bulan selepasnya..

"Ramadhan yang terbaik adalah Ramadhan yang membuahkan hasilnya untuk bulan-bulan lain"

wallahu'alam



~Peristiwa di Masjid Jamek~

"askum, adik boleh tolong akk x? akk nk pinjam rm50"..begitulah msj yang diterima oleh admin dlm beberapa malam yang lepas..hamba Allah tersebut admin terserempak ketika sedang berjalan otw nk ke LRT di masjid jamek'..ketika itu admin hanya berseorangan..

HARI KEJADIAN

ceritanya begini..
sedang admin berjalan, tiba-tiba admin ditahan oleh seorang yang pada ketika itu kelihatan seperti ada masalah…
Hamba Allah : kak2 (time nie xtau lg umur die) tolong sy boleh x??sy nk ke johor nie..on the spot sebab (lpe plk sbb pe)..sy ada kad bank tp mesin tertelan kad sy..kad lg1 nie xde duit plk..sy nk dh kol kawan2 sy tp xdpt..sy perlu sgt duit nie urgent…bla5…..(bersungguh unuk meyakinkan admin)
Me : owh jap2 nie umo bape ye??
Hamba Allah : sy 22 tahun (klo xclap)
Me : owh nie akk la nie..kak nk pinjam brp?? (kebetulan admin xbw byk duit banyak hanya rm50 lebih dibekalkn untuk perjalnn pergi dan balik, dan hanya tinggal berbaki dlm rm30)..
Hamba Allah : klo bleh akk nk dlm rm20 untuk tambang..tp akk nk pinjam rm50 bleh??
Me : alamak kak maap la sy mmg xbwk duit byk sgt..stakt dlm rm20 tu sy ada la..
Hamba Allah : hmmm..xpe lah ok..bg sy pinjam dlu, nnt sy janji akan byar balik..sy nie bukan jenis pinjam duit xbagi balik..btotl kak..akk bg tau je no.tel akk (still m'bhsakn admin kakak, xksah la)..nnt kita jumpe …akk dok mna??...bla5...(byk juga dia bercakap)..

Begitulah antara dialog kami nk dipendekkan cerita admin pn berilah rm20 dan akk tersebut janji akn beri balik (walaupun sebelum 2 admin ada kata xperlu nk byar)..xpe lah, dh kakak 2 cakap cm2..

Tapi sampai skrg admin xterima sebarg msj yang utk kami bertemu seperti yang dijanjikan..sehinggalah admin menerima msj seperti di atas..

Emm..berbalik dari peristiwa td, setelah sampai umah dari masjid jamek, di rumah admin ceritakan kepada keluarga...antara responnye;

Kakak : laa..yang asilah pergi bagi kt org 2 knp??kt masjid jamek 2 mmg ramai org2 yang suka minx2 nie..

Mak : Org 2 tgk asilah kecik, pastu macam muka baik je sbb 2 die minx..

Ayah : 2 la ayah xbagi jaln sorang2…(ayah nie mmg susah ckit nk bg anak perempuannya jalan sorg2, klo ada teman insyaAllah baru diizinkan)

Abang : Klo abang, mmg dh siap2 letak duit (dlm beberapa keping) kt dlm poket..klo org yang minx sedekah @ap2 abang bagi duit 2..

Mlm 2 juga, kakak@hamba Allah 2 msj utuk pinjam lagi duit dalam rm50, katanya duit yg diberi td xcukup untuk tmbg untuk perjalanan..
So, di sebabkan admin masih belajar dan masih juga ragu2..admin beritahu lah apa yang sepatutnya..

KONKLUSINYA

Ini adalah kali pertama di masjid jamek admin terkena macam nie..sampai skrg admin masih ragu2 dan cuba untuk berhusnuzhon dengan hamba Allah 2..kadang nk berhusnuzhan pun susah juga..apa2 pun admin berharap agar hamba Allah 2 sentiasa dibukakan jalan oleh Allah dalam setiap perkara.. jika mmg kerja dia untuk mencari rezki sedemikian rupa, mudah2han Allah berinya petunjuk dan hidayah..Aminn..segalanya hanya Allah sahaja yg lebih mengetahui..

Duit yang dipinjamkan, Admin halal kn sebagai sedekah.. harta yang kita ada nie pun sebenarnya bukan milik kita, dan hakikatnya kadang2 kita nie jarang untuk bersedekah..so, jika ada orang2 yang datang ke rumah minta derma@dimana2 hulur2 kanlah klo xbyk, sedikit pun jadilah asalkan ikhlas dan jika betul duit yang kita beri itu adalah untuk masyarakat insyaAllah kita akan dapat sahamnya juga..jika bukan sedemikian niatnya, halalkanlah ia sebagai sedekah.

Wallahu'alam


"sedekah itu separuh dari iman"

~Al-Quran & Pendidikan~


Bismillahirrahamanirrahim..

Setelah semiggu kelas sudah bermula walaupun tidak sepenuhnya (disebabkan oleh minggu add and drop)..leturer yang masuk kelas kebanyakannya tidak memulakan sesi pengajian lagi dek kerana ada student yang tidak masuk kelas (ada musyaqah) @kitab/buku masih tiada pada setiap student dan sebagainya..menurut senior minggu petama awal sem mmg mcm nie..

Namun, tidak rugi bagi siapa yang masuk kelas sewaktu minggu pertama ni..
Ada satu kelas yang admin tertarik dengan kuliah pertamanya..melihat student hanya 9 (termasuk admin) dari 15 org, ust mencadangkan supaya untuk kelas pertama ini cukup sekadar pekenalan..termasuklah pengenalan berkaitan dengan sub. yang akan dipelajari..kami hanya menurut..

Ust lebih kepada melontarkan pendapat beliau..dan admin sangat setuju dengan apa yang dilontarkan..antara kata-kata yang admin tertarik, kita sepatutnya perlu dididik dengan Al-quran terlebih dahulu sebelum yang lain..jika kita lihat, bagaimana ulama'2 dahulu..sejak kecil lagi mereka dididik dengan menghafal al-quran sebelum ilmu2 lain, dan seterusnya faqih dalam pelbagai bidang..mereka boleh digambarkan seperti sebuah bentuk piramid yang terbalik, dari bawahnya dalam bentuk yang kecil (dipasakkan dgn Al-quran), dan kemudiananya semakin berkembang dengan ilmu2 Allah, sehinggalah mereka digelar sebagai alim ulama'..

Jika kita lihat, sistem pendidikan ditempat kita sendiri...sedar tidak sedar kita sebenarnya telah didoktrin dengan sistem pendidikan barat..Al-quran dianggap penting oleh sesetengah kos sahaja, walhal ia adalah ibu@rujukan bagi segala ilmu termasuklah matematik, kejuruteraan, sains dan sebagainya..jika ulama' dididik seperti sebuah peramid yang terbalik, maka sistem pendidikan kita adalah sebaliknya..yang akhirnya hanya satu ilmu sahaja yang ditumpukan (bhgian diatas piramid)..

Bagaimana kita lihat kedudukan Al-quran dalam sistem pendidikan??sama2 lah kita muhasabah dan fikirkan..jadikanlah Al-quran sentiasa dihadapan, jika yang bergelar mahasiswa yang mengambil bidang kejuruteraan, jadilah seseorang yang akan mencipta sesuatu untuk kebaikan manusia dengan berpandukan Al-quran, begitulah juga dengan bidang2 yang lain seperti sains, guaman, ekonomi dan sebagainya..bagi yang sudah @ akn 'mendirikan masjid' didiklah generasi yang akan datang dengan Al-quran..insyaAllah..

Wallahua'alam

'Indahnya hidup jika berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah'

~It's Begining~

In the name of Allah most gracious and merciful..



LETS LEAD THE WAY
ENLIGHTEN THE FUTURE
SHARE THE WISDOM
THROUGH THE SPIRIT OF ISLAM

REVELATION AND REASON
WE SHALL EXCEL, WE SHALL PREVAIL
MERGING FAITH AND KNOWLEDGE
WE'RE THE KHALIFAH

TOGETHER
WE MAKE THE WOLD A BETTER PLACE
FOREVER
EXPAND THE CULTURE OF IQRA'
IIUM
IS TO RESLISE, THE MEANING OF..
(MERCYTO ALL MANDKIND)

~iium song~


Alhamdulillah..after 'taaruf week', 6 June was the day, i'm the official student of iium..it's begining..I hope Allah will guide and give us strenght to look forword in everything..

wallahu'alam..
Related Posts with Thumbnails