~PepaTah PuJanGGa~


Burung-burung beterbangan..
Angin pagi bertiupan..
Sang suria mula memancar..
Menyinari alam semesta..

Insan di dunia mulai tersedar..
Sehari lagi umur bertambah..
Yang dah pergi akan diganti..
Yang masih hidup terus berbakti..

Jangan takut pada mati..
Kalau beriman bertaqwa..
Kubur bukan tempat rohani..
Tapi perhentian jasmani..

Wahai orang-orang beriman..
Inilah patah pujangga..
Kata yang telah diberikan..
Jadi insan bijaksana..

Mari insan mari semua..
Kau dan aku menadah tangan..
Memohon doa pada ilahi..
Agar selamat hidup dan mati..

by: hijjaz-pepatah pujangga

Faktor Kekalahan di HS..


KUALA LUMPUR : Parti perasuah besar di Malaysia, BN kini berbulan madu selepas kemenangan mereka di Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi walaupun membelanjankan jutaan ringgit selain dengan cara kotor dan jijik dalam Pilihan Raya paling tersebut.


Namun, apa yang pasti Pakatan Rakyat (PR), harus mengambil apa jua iktibar akibat kekalahan itu termasuklah faktor-faktor berikut.


Jentera PR tidak digerakan semaksima mungkin

Parti Barang Naik, BN, yang memulakan kempen kotornya dengan mengaitkan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim dengan arak, walaupun dibalas dengan penerangan ratusan ribu risalah oleh Angkatan Muda PKR bersama jentera Pakatan Rakyat tetap dilihat gagal.

Ini kerana tinjauan erapakatan.com mendapati ada beberapa buah kampung kecil langsung tidak menerima bahan kempen itu.

Anehnya, di kampung tersebut turut tiada bendera PKR selain jentera BN awal-awal lagi telah mendirikan bilik gerakan mereka.

Malah, di salah sebuah papan kenyataan di balai raya tersebut jelas menunjukkan risalah BN dengan propaganda fitnahnya jelas tertera di situ.

Perpecahan ahli PKR di Hulu Selangor

Selain itu, walaupun tindakan Dr. Halili Rahmat yang keluar parti tidak diikuti oleh orang rapatnya teermasuklah mereka yang bersamanya seawal tahun 1998 dulu, namun perpecahan yang wujud dikalangan ahli parti itu dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bukan lagi rahsia besar.

Sumber memberitahu, sekurang-kurangnya terdapat empat kem PKR dalam kawasan itu terutamanya selepas kemenangan PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Empat kem itu pula bukan sahaja mengadakan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing malah wujud usaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain termasuklah dalam satu mesyuarat beberapa bulan sebelum pencalonan Datuk Zaid Ibrahim.

Empat kem itu yang antaranya bergerak di bawah sekretariat tertentu, juga bergerak mengikut Cabang, Parlimen dan pemimpin tertentu sekaligus melumpuhkan jentara PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.

Antara Ofensif dan Defensif

Turut menjadi faktor kekalahan PR pada kali ini juga ialah apabila jentera parti lebih bersikap defensif atau bertahan berbanding startegi ofensif atau menyerang seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Ini terbuti apabila awal-awal lagi jentera BN melakukan serangan dan provokasi melalui bebarapa bill board dan kain rentang, sesuatu yang berbeza dari sebelumnya yang mana pihak Pakatan Rakyat lebih mendahului.

Bill Board itu termasuklah mengaitkan calon PR dengan arak, selain menggambarkan gabuang parti PKR, PAS dan DAP sebagai bermasalah yang diletakkan di jalan-jalan utama dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Kesimpulan

Walaubagaimanapun, PRK di Hulu Selangor sudah pun menjadi sejarah, tinggal lagi bagaimana PR mengambil iktibar dari kekalahan itu kerana jumlah majoriti 1,725 yang diraih oleh BN itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan jutaan ringgit campur perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka.

Malah, keputusan itu bolehlah disifatkan sebagai ‘kalah' kerana jumlah keseluruhan undi BN jika dicampur dalam ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen itu seperti mana dalam PRU lalu adalah jauh lebih tinggi berbanding angka 1,725 itu.

Sebelum ini, BN meramalkan mereka akan menang kira-kira 5,000 majoriti dan angka 1,725 undi itu jauh lebih kecil selain bantuan Suruhanja Pilihan raya (SPR) yang memindahkan ribuan pengundi termasuklah ke kawasan Selayang yang dilihat bertujuan untuk memenangkan BN sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.

Tetapi yang pasti, undi masyarakat Cina terhadap PR bukan sahaja terus mencatatkan peningkatan malah pastinya menjadi igauan ngeri buat BN menjelang PRK Parlimen Sibu Mei ini.

Untuk rekod, masyarakat Cina di Hulu Selangor terdiri daripada luar Bandar berbanding masyarakat Cina di majoriti kawasan Bandar dalam Parlimen Sibu yang pastinya membuatkan fakta ini mengganggu tidur Presiden Umno, Najib Razak.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'

TM kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

sumber: www.tranungkite.net

RuhulJadid..

Duhai diri,

Ku sedari diri ini terlalu banyak kelemahan dan kekurangan..

Bagi ku terlalu sedikit kelebihan berbanding kelemahan..

Namun aku bersyukur ya Allah..

Kau telah menyedarkan ku bahawa..

Kelemahan dan kekurangan bukanlah penghalang bagiku..

Penghalang bagi seorang pejuang untuk mengapai sesuatu..

Yang paling utama adalah usaha dan kesungguhan dalam mengatasinya..


Namun begitu ya Allah,

Aku takut dan bimbang tersungkur ditengah jalan ini..

Hanya kupinta padaMu..

Kekuatan dan istiqamah dalam menghadapi..

Hari-hari yang bakal mendatang..

Tidak aku terdaya untuk melaluinya berseorangan..

Sungguh aku seorang hamba yang lemah disisiMu..

Istiqamah dan itqan yang ku harap dariMu..


Moga semangat yang baru ini..

Bukan hanya seketika..

Dan bukan hanya sekadar di lisan semata..

Tetapi yang paling utama bagi diriku..

Adalah mengapai dan mencari redhaMu..


Craeted by: Clah Az

Misi di PWTC..


28 Mac adalah hari terakhir bookfair di PWTC..sebelum ni ada juga merancang dengan sahabat handai uia untuk pergi bersama tapi hajat itu tidak kesampaian dek kerana ada masalah sedikit..akhirnya pergi jualah aku bersama kakak ku, berpeluang juga aku untuk menjejakn kaki di bookfair tahun ini..rambang mata ku lihat buku-buku disitu dan begitu ramainya org membuatkan aku bersa sedikit tidak selesa..biasalah hari-hari terakhir ni..kami teruskan perjalanan menjelajah di gerai-gerai dan membelek buku-buku yang menarik perhatian ku..buku berjudul SRIKANDI ISLAM DI ZAMAN NABI menjadi pilihanku di booth (emm xinagt la plk)..kemudiannya kami ke gerai karangkraf..kakak ku khusuk membelek majalah di situ..hati rasa ingin ke gerai PTS tetepi setelah melihat dan meninjau, tidak ku jumpa berhampiran gerai di situ..maka bermula lah misi mencari gerai PTS..


MISI MENCARI BOOTH PTS


Aku mengajak kakak ku untuk mencari gerai tersebut..sebelum itu aku ada bertanya kepada sahabatku di mana terletaknya gerai PTS tersebut..tetapi mesej yang disampai hanya dapat memberi petunjuk kepada ku bahawa ia terletak diseberang sungai..kami pun keluarlah dari bangunan PWTC untuk mencari jambatan dan sungai yang diberitahu..tetapi hakikatnya bukan jalan yang kmi lalui itu adalah jalan yg betul…hmm mengeluh kami setelah penat berjalan mencarinya..akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan tengah hari di The Mall..kmudian setelah makan, aku berkeras juga untuk mencari booth tersebut..kesian pun ada melihat keadaan kakak..tapi bila lagi hendak mendapat peluang seperti ini..


Setelah bertanya kepada petugas di situ,alhamdulillah akhirnya jumpa juga booth yang dicari..teringat pula satu kata2 "malu bertanya sesat jalan"..memang ia memberi pengajaran kepadaku untuk bertanya jika tidak tahu..nah..kan dah sesat sebelum 2..huhu..

Dengan potongan harga 30% kepada pelajar ,tidak ku lepaskan untuk membeli buku di situ..sememangnya rambang mata melihat buku-buku di PTS..jika diikutkan nafsu tidak tahu la berapa banyak yang akanku beli (tapi tidak salah nafsu untuk membeli buku kn cumanya setelah beli perlu dibaca yang silapnya tidak membaca buku yang dah dibeli)..2 buah buku telah menjadi pilihan ku setelah membelek buku disitu..1)karangan Abd Latip Talib "SULTANc MUHAMMAD AL-FATEH", 2)karangan Dr.Danial Zaainal Abidin "TIP2 CEMERLANG DARIPADA AL-QURAN..ada banyak lagi buku yang menarik minatku tetapi 'ikut budjet la'


Setelah itu, tanpa berlengah aku terus mencapainya dan terus membayar di kaunter, jika diikutkan hati hendak sahaja aku membelek dan melihat buku di booth yang berhampiran dengan PTS..tetapi masa tidak mengizinkan setelah penat berjalan sejak pagi tadi dan hari sudah hampir petang, kami harus pulang juga..agak sedih tidak dapat melihat buku di booth lain..tapi insyAllah tahun depan berpeluang lagi(cuba memujuk hati)..


waallahu'alam


Sungai di Dalam Laut???

Salam perkongsian saudara/i sekalian..di sini sedikit yang ingin saya kongsikn bersama..tiada kalimah yang paling agung iaitu subhanallah setelah membaca dan melihat gambar dari artikel dibawah..sesungguhnya Allah jualah Tuhan sekalian Alam dan pemberi hidayah kepada sesiapa shja yang Dia kehendaki..mari kita lihat bertapa hebatnya ciptaanNya..=)


***********************************************************************************

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Saya menerima email mengenai sungai di bawah laut. Mengkagumkan! Subhanallah. Demikian hebat ciptaan Allah, apakah belum tergerak di hati kita untuk mentaatiNya sepenuh hati?

Penglihatan kurniaan Allah adalah untuk melihat bukti kebesaran dan kehebatan Ilahi. Nikmat penglihatan sungguh besar buat kita semua. Tujuan ia dicipta guna membawa hati kepada Allah. Jika penglihatan diguna melihat perkara yang diharamkan Allah, maka pudarlah cahaya iman yang menjadi matlamat manusia diwujudkan. Betapa banyak perkara halal yang boleh dilihat, namun nafsu manusia yang cenderung kepada kejahatan lebih suka memilih perkara yang diharamkan. Perkara haram adalah racun kepada jiwa manusia seperti foto-foto dan perbuatan lucah yang banyak dicari manusia hari ini.

Artikel di bawah sudah diedit ke Bahasa Melayu. Artikel asal dalam Bahasa Indonesia.

Berhati-hatilah dengan fatamorgana dunia!

Ummu Abbas

15 Safar 1431H

12.12pm

update: 25 Rabiul Awwal 1431H/ 11 Mac 2010.

http://keranacinta.wordpress.com/2010/01/29/sungai-dalam-laut-subhanallah/

*********************************************************************

KISAH AIR MASIN AIR TAWAR

&

SUNGAI DALAM LAUT

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Al Furqan 25:53)

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.

(Al-Rahman 55:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.

(Al-Rahman 55:20)

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.

(Al-Rahman 55: 22)

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?

(Al-Rahman 55: 13)

أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.

(Al-Naml 27:61)

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).

(Al-Naml 27:62)

Nota: Terdapat perselisihan pendapat mengenai keislaman Jaques Costeau. Hal itu sama ada benar atau tidak, saya sudah mengulasnya dalam ruangan komen. Terdapat perkongsian idea daripada para pembaca yang saya luluskan penerbitannya. Harap dapat baca semua komen terutama yang memberi fakta berbeza untuk mendapat gambaran lebih jelas tentang artikel ini.

Apa yang penting yang mahu ditonjolkan di sini ialah kebesaran Allah dalam penciptaanNya dan bahawa al-Quran itu mukjizat yang agung. Dan yang lebih penting lagi ialah jiwa kita sendiri bersedia untuk memperakui kebesaran Ilahi seterusnya menggerakkan saraf dan seluruh anggota badan untuk sujud dan patuh kepadaNya. Sama ada Jaques benar-benar Islam atau tidak sebelum kematiannya, urusannya telah selesai di sisi Allah. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana nasib kita sendiri di akhirat kelak serta bagaimanakah penutup episod hidup kita di dunia fana ini.

Harap maklum.

Ummu Abbas

updates: 17 Mac 2010/ 1 Rabiul Thani 1431H.

http://keranacinta.wordpress.com/2010/01/29/sungai-dalam-laut-subhanallah/

Related Posts with Thumbnails