KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Peringatan bersama..

AJAIB TAPI BENAR

Oleh :hutait azzayyat
Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kaLI
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali


KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali


ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Fadlilat lima ayat..

Ayat Lima ialah ayat yang diambil daripada lima surah dalam al-Quran. Setiap satu daripada Ayat Lima itu terdapat 10 huruf ‘Qaf’ (kaf besar) menyebabkan Ayat Lima juga boleh dikenali dengan ayat 50 Qaf.

1) Ayat pertama diambil daripada Surah Al-Baqarah ayat 246 yang bermaksud: “Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) mengenai (kisah) ketua-ketua dari Bani Isra’il sesudah (wafatnya) Nabi Musa ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka: Lantiklah seorang raja untuk kami supaya kami boleh berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah. Nabi mereka menjawab: Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?”

“Mereka berkata: Mengapa pula kami tidak berperang pada jalan Allah sedangkan kami diusir dari kampung halaman kami dan (daripada) anak-anak kami? Maka apabila perang itu diwajibkan ke atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu kecuali sebahagian kecil daripada mereka. Dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan orang yang zalim.” (Allah yang berkuasa untuk melaksanakan apa yang dikehendaki).


2) Ayat kedua diambil daripada Surah Al-Imran ayat 181 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya dan Kami akan katakan kepada mereka: Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar. (Allah yang Maha Kuat tidak memerlukan pada pertolongan orang).”


3) Ayat ketiga diambil daripada Surah An-Nisaa ayat 77 yang bermaksud:

“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat.” (Mereka meminta juga untuk berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak antara mereka rasa gerun kepada manusia sama seperti mereka rasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi.

“Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini?) Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Mata benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit saja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak dianiaya sedikit pun.” (Allah Maha Perkasa kepada orang yang melampaui batas dan orang yang berdosa).


4) Ayat keempat diambil daripada Surah Al-Maaidah ayat 27 yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua anak Adam (Habiil dan Qabiil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban seorang antaranya (Habiil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabiil). Berkata (Qabiil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu! (Habiil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) daripada orang yang bertakwa.” (Allah Maha Suci menunjukkan kepada orang yang dikehendaki.)


5) Ayat kelima diambil daripada Surah Ar-Ra’du ayat 16 yang bermaksud: “Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: Allah.. Tanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda lain daripada Allah sebagai pelindung dan penolong yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Tanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaan-Nya, sehingga ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?”

“Katakanlah: Allah jua yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.” (Allah terus mengurus makhluknya yang memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki, rezeki kekuatan.


Ayat Lima mengandungi rahsia dan khasiat yang amat bererti, antaranya:

- Ibnu Musa meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. selalu membaca Ayat Lima sama ada ketika baginda berada dalam negeri atau dalam perjalanan atau peperangan. Dalam peperangan, baginda selalu dapat mengalahkan orang kafir serta orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Allah.

- Sayyidah ‘Aisyah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. memperjelaskan bahawa apabila Ayat Lima ditulis dalam mangkuk kemudian diisi dengan air dan airnya diminum pada Jumaat, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya sambil hatinya diisi dengan nur hidayah keyakinan serta kasih sayang.

- Apabila selalu dibaca seorang pemimpin, hatinya akan ditetapkan Allah dan diberi pengaruh serta kekuatan dan semua orang pimpinannya akan patuh kepadanya.

- Jika ditulis dan digantung pada hujung senjata untuk menghadapi musuh dalam pertempuran, maka Allah akan memecahbelahkan kekuatan musuh.

~INNALLAHAMAANA~


Alhamdulillah Kau kabulkan permintaanku ini..aku tahu Kau Maha Mendengar lagi Maha Pengasih..aku sngt beryukur walaupun keputusan yang aku dapat ini tidak berapa memuaskan hati ini, tapi Alahamdulillah akhirnya aku dapat meneruskan lagi perjuangan ku di Gombak..dan semoga ilmu yang aku terima ini dapat aku mengambil manfaat darinya..smg aku mendapat keberkatan dari segala ilmu yang aku pelajari dari ust2 dan lecture di Nilai yang ku cintai..


Cukuplah dengan keputusan yang aku terima ketika berada di Nilai..akan ku ambil segala pengajaran, iktibar atas segala yang aku terima..dan aku berazam untuk cuba untuk menjadi yang lebih baik lagi dan lebih serius dengan subjek yang akn aku pelajari ketika di 'main campus' dan tidak mahu mengambil sambil lewa..harapnya sahabat2 dapat membantuku yang banyak kekurangan ini dalam menghadapi segala kemungkinan dan mempelajari ilmu Allah ini..


Tetapi ya Allah padaMu juga aku memohon untuk diberi kekuatan kepadaku..aku tahu, aku lemah untuk menghadapi hari2 yang akan mendatang ini dengan seorang diri..justeru diri ini amat memerlukan bantuanMu..permudahkanlah segala urusanku..untuk menerima mahupun mengamalkn segala ilmuMu..Kau sedarkanlah jika sekiranya aku berada dalam kelekaan dan kealpaan mahupun kegelapan..hanya padaMu aku minta pertolonagan..dan hanya redhaMu yang ku cari..Amin Ya Rabbal 'Alamin..



MB, Exco, pegawai basah kuyup ketika solat istisqa

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

http://www.harakahdaily.net

Related Posts with Thumbnails