~Al-Quran & Pendidikan~


Bismillahirrahamanirrahim..

Setelah semiggu kelas sudah bermula walaupun tidak sepenuhnya (disebabkan oleh minggu add and drop)..leturer yang masuk kelas kebanyakannya tidak memulakan sesi pengajian lagi dek kerana ada student yang tidak masuk kelas (ada musyaqah) @kitab/buku masih tiada pada setiap student dan sebagainya..menurut senior minggu petama awal sem mmg mcm nie..

Namun, tidak rugi bagi siapa yang masuk kelas sewaktu minggu pertama ni..
Ada satu kelas yang admin tertarik dengan kuliah pertamanya..melihat student hanya 9 (termasuk admin) dari 15 org, ust mencadangkan supaya untuk kelas pertama ini cukup sekadar pekenalan..termasuklah pengenalan berkaitan dengan sub. yang akan dipelajari..kami hanya menurut..

Ust lebih kepada melontarkan pendapat beliau..dan admin sangat setuju dengan apa yang dilontarkan..antara kata-kata yang admin tertarik, kita sepatutnya perlu dididik dengan Al-quran terlebih dahulu sebelum yang lain..jika kita lihat, bagaimana ulama'2 dahulu..sejak kecil lagi mereka dididik dengan menghafal al-quran sebelum ilmu2 lain, dan seterusnya faqih dalam pelbagai bidang..mereka boleh digambarkan seperti sebuah bentuk piramid yang terbalik, dari bawahnya dalam bentuk yang kecil (dipasakkan dgn Al-quran), dan kemudiananya semakin berkembang dengan ilmu2 Allah, sehinggalah mereka digelar sebagai alim ulama'..

Jika kita lihat, sistem pendidikan ditempat kita sendiri...sedar tidak sedar kita sebenarnya telah didoktrin dengan sistem pendidikan barat..Al-quran dianggap penting oleh sesetengah kos sahaja, walhal ia adalah ibu@rujukan bagi segala ilmu termasuklah matematik, kejuruteraan, sains dan sebagainya..jika ulama' dididik seperti sebuah peramid yang terbalik, maka sistem pendidikan kita adalah sebaliknya..yang akhirnya hanya satu ilmu sahaja yang ditumpukan (bhgian diatas piramid)..

Bagaimana kita lihat kedudukan Al-quran dalam sistem pendidikan??sama2 lah kita muhasabah dan fikirkan..jadikanlah Al-quran sentiasa dihadapan, jika yang bergelar mahasiswa yang mengambil bidang kejuruteraan, jadilah seseorang yang akan mencipta sesuatu untuk kebaikan manusia dengan berpandukan Al-quran, begitulah juga dengan bidang2 yang lain seperti sains, guaman, ekonomi dan sebagainya..bagi yang sudah @ akn 'mendirikan masjid' didiklah generasi yang akan datang dengan Al-quran..insyaAllah..

Wallahua'alam

'Indahnya hidup jika berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah'

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails