~Bersediakah Diri Ini~

Bismillahirrahmanirrahim..

"salam, seorang sahabat kita telah kembali ke rahmatullah..minta untuk sedekahkan Alfatihah 10x dan selawat 33x kepada ........" begitulah satu msj yang masuk dalam inbox ku..aku masih dalam keadaan seperti tidak percaya..namun setelah 2, 3 msj sama yang ku terima dari sahabat, betullah msj tersebut..aku terasa sedikit sebak menerima berita itu..almarhumah adalah seorang yang peramah walaupun kami berlainan tempat tapi matrik@asasi uia yang sama..aku selesa bersahabat dengannya..namun aku juga sedih kerana perkenalan kami tidak panjang..dan menyesal kerana tidak mengambil peluang yang ada sepanjang hidupnya..apa pun hanya doa yang mampu ku sedekekahkan buatnya..

Aku terfikir sejenak, bersediakah aku jika dalam masa yang terdekat ini aku dipanggil-NYA??..dalam bulan ini sahaja banyak yang ku dengar berita tentang kematian..Ust Hassan Syukri (mantan timb. presidan pas) meninggal baru-baru ini, memberi impak kepada semua khususnya kepada Tok Guru Nik Aziz..ajal tidak mengenal umur, bila-bila masa sahaja ia tiba..
bila difikirkannya..adakah cukup amalanku di dunia ini??adakah aku layak berada di sisinya??adakah aku akan mati dalam husnul khatimah??..pelbagai persolan yang muncul di dalam ruang benak fikiranku apabila menerima berita tentang kematian..
jenazah Ust Hassan Syukri yang di sembahyangkan

Terima kasih Ya Allah kerana sering mengingatkan hambamu ini yang sering lupa dan lalai..di ke sempatan ini aku ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini..dan halalkan segalanya makan, minum, mahupun wang..andai diri ini tiada lagi di dunia ini..

"setiap dari kamu pasti akan merasai mati"

na'uzubillahiminzalik..wallahu'alam..

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails