Peringatan Allah....

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya". (surah ArRum:24)

Petang tadi sedang asyik aku melayari internet, tiba2 kedengaran guruh berdentum..pada mulanya aku buat tidak endah shj dengan dentuman tersebut..tapi kilat dan guruh yang sambung menyambung membuatkan aku berasa agak takut dan berbagai2 perasan yang mula muncul..setelah melihat keadaan cuaca seperti itu, aku terus menutup laptop dan suis yang ada..hendak dikatakan lama juga kilat dan guruh sambung menyambung hampir setengah jam..bak kata ibuku seperti langit hendak runtuh..kemudian baru guruh dan kilat tersebut disusuli dengan hujan yang lebat..sudah lama aku tidak mendengar kilat dan guruh seperti tadi..tidak dapat ku gambarkan perasaanku ketika itu, aku cuma berdoa dan berharap tiada apa yang berlaku..




Tiba sejenak di ruang mindaku mungkin ini adalah satu peringatan Allah kepada hambaNya khususnya juga buat diri ku..aku sempat jga bermonolog dgn driku, ini baru sedikit sahaja yang ditunjukkanNya belum lagi gempa bumi, tsunami sepertimana yang melanda di negara lain bru2 nie..tetapi berapa ramai sahaja yang sedar akan perkara ini..ya Allah aku bersyukur krn Kau sering sedarkan aku disaat aku leka dan alpa..Kau lindungilah aku, keluarga, sahabat, serta saudara seislam dari balaMu..negara lain sudah terima musibah dan peringatan dari Allah, Malaysia ni tggu masa sahaja..alhamdulillah Allah masih mendengar doa orang2 alim dan Allah masih lagi memberi peluang utk kita menikmati nikmatNya..sungguh Allah itu Maha Mendengar, Maha Kuasa dan Maha Penyayang atas segala apa yang dimilikinya..jadi sama2 lah kita saling beringat dan gunakan segala nikmat kurniaanNya dengan sebaiknya serta mempertingkatkn ibadah kita (pesanan dan peringatan khususnya buat diri ini)..wallahu'alam

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails